- Lain-lain
Pertandingan AI Buka Masa Depan Baharu Buat E-dagang Rentas Sempadan
![]() |
Tapak acara. Foto ihsan penganjur |
Majlis penyampaian anugerah Pertandingan Aplikasi Inovasi “AI+E-Dagang Rentas Sempadan” ASEAN 2025 telah berlangsung di Nanning, Guangxi, pada 5 September. Serentak dengan pengumuman senarai pemenang, satu sesi jerayawara dan dialog pelaburan turut diadakan.
Pertandingan Aplikasi Inovasi “AI+E-Dagang Rentas Sempadan” yang berorientasikan ASEAN ini merupakan satu komponen program “AI for All: China-ASEAN”. Ia terbahagi kepada trek akademik dan sosial, yang menarik penyertaan 906 pasukan termasuk 103 dari ASEAN selain 39 pasukan multinasional, meliputi 31 provinsi, wilayah dan bandar serata China serta 10 negara ASEAN.
Acara pada 5 September turut mempamerkan hasil sesi pertandingan kali ini yang menutup tirainya dengan jaya Ogos lalu.
Sejak awal tahun, Guangxi telah mengambil inisiatif untuk memajukan sektor e-dagang rentas sempadan, memperkenalkan pelbagai dasar sokongan khas, dan menganjurkan beraneka macam aktiviti yang berkenaan, termasuk Pertandingan Aplikasi Inovasi “AI+E-Dagang Rentas Sempadan”.
Dilaporkan, dari Januari hingga Julai, sektor e-dagang rentas sempadan China mencatatkan jumlah import dan eksport melebihi 27 bilion yuan, iaitu peningkatan lebih 120 peratus tahun ke tahun. Daripadanya, transaksi dengan ASEAN mewakili 70%.
![]() |
Wu Bin, pengasas dan CEO syarikat Infimind, membuat pembentangan. Foto ihsan penganjur |
![]() |
Dialog pelaburan “E-dagang Rentas Sempadan AI: Mengintegrasikan Masa Depan”. Foto ihsan penganjur |
![]() |
Laporan Trend Perkembangan E-dagang Berbantu AI di Pasaran Asia Tenggara 2025 diumumkan di tapak acara. Foto ihsan penganjur |
![]() |
Majlis penyampaian anugerah. Foto ihsan penganjur |
- Xi Ucap Tahniah Perasmian Ekspo Industri Pintar Dunia 2025
- Lebih 3,000 Produk Baharu Debut Sempena Ekspo Industri Pintar Dunia 2025
- “Malam DATA” di Guiyang Papar Teknologi AI Terkini
- Guangxi Bina Hab Inovasi, Kerjasama AI Berorientasikan ASEAN
- China, ASEAN Bersama Ikhtiarkan Pemiawaian AI
- UNGA Lulus Resolusi Mekanisme Baharu Tadbir Urus AI Global
- Pertandingan trek sosial “AI+E-Dagang” Tutup, Umum Tiga Pemenang
- AI Suluh Haluan E-dagang China-ASEAN
- “AI for All: China-ASEAN” Serlah Bakat Muda
- Syarikat China Dorong Pembangunan E-dagang di Asia Tenggara