Projek Hidrokuasa di Yunnan Tarik Pelancong, Penduduk Kampung Raih Pendapatan Stabil

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 09 September 2025

Tatkala pagi masih berkabut, Zou Yougui yang berusia 60 tahun sudah mula menunggang motosikalnya untuk menuju ke kawasan pemandangan Boxinwan.

Boxinwan yang terletak di perbandaran Mengyue, kaunti Longchuan, Kawasan Autonomi Dai dan Jingpo Dehong, Provinsi Yunnan di barat daya China telah menerima penarafan kawasan pemandangan 3A kebangsaan pada 2022. Zou yang tinggal di kampung Yingpan yang berdekatan, bekerja sebagai pengawal keselamatan di tapak tersebut.

Pemandangan sudut udara kawasan pemandangan Boxinwan di perbandaran Mengyue, kaunti Longchuan, Kawasan Autonomi Dai dan Jingpo Dehong, Provinsi Yunnan di barat daya China. (Foto ihsan kawasan pemandangan Boxinwan)

“Saya pernah menanam pokok buah-buahan di pergunungan, tetapi pendapatan bergantung sepenuhnya kepada cuaca. Kini saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, berpendapatan RMB3,000 (sekitar RM1,700) dengan makanan disediakan sebanyak dua kali sehari,” kongsi Zou.

Lebih daripada 50 penduduk kampung di Yingpan telah ditempatkan semula di Boxinwan untuk membantu dalam pembinaan stesen hidrokuasa.

Zou Yougui bertugas di kawasan pemandangan Boxinwan di perbandaran Mengyue, kaunti Longchuan, Kawasan Autonomi Dai dan Jingpo Dehong, Provinsi Yunnan di barat daya China. (People’s Daily Online/Wang Xian)

Pegawai-pegawai di kaunti itu turut berganding bahu dengan pihak pemaju swasta untuk mentransformasi kawasan takungan hidrokuasa itu menjadi destinasi pelancong Boxinwan. Pelaburan daripada pelbagai sumber telah melangkaui RMB10 juta untuk pembangunan tersebut.

Kawasan pemandangan yang dibuka pada 2020 itu menampilkan 16 katil dan sarapan pagi, pusat pelawat dua tingkat, fasiliti ruang makan, laluan pejalan kaki kayu di tepi tasik, satu pantai buatan dan bot, sekali gus mencipta suasana yang meriah dengan kedatangan pengunjung.

Foto menunjukkan sebuah B&B di kawasan pemandangan Boxinwan di perbandaran Mengyue, kaunti Longchuan, Kawasan Autonomi Dai dan Jingpo Dehong, Provinsi Yunnan di barat daya China. (People’s Daily Online/Wang Xian)

Satu kempen selama tiga tahun untuk menambah baik persekitaran menyaksikan sebanyak 1,980 meter persegi tumbuh-tumbuhan hijau berjaya ditambah ke kampung Yingpan, yang seterusnya meningkatkan liputan tumbuhan kepada 93 peratus.

Secara kolektifnya, penduduk kampung itu menjana sekitar RMB190 ribu sehingga RMB200 ribu setiap tahun menerusi skim ekuiti pengumpulan tanah, dengan faedah diunjur meningkat sebanyak 10 peratus pada setiap lima tahun.

“Pada tahun lalu, kawasan pemandangan itu menerima sekitar 25,000 kunjungan pelancong dan menjana sekitar RMB5 juta dalam pendapatan,” kata Yang Yuheng, ketua di kawasan pemandangan itu.

Khemah pelancong di kawasan pemandangan Boxinwan di perbandaran Mengyue, kaunti Longchuan, Kawasan Autonomi Dai dan Jingpo Dehong, Provinsi Yunnan di barat daya China. (People’s Daily Online/Wang Xian)

Video

Berita Berkaitan