Mesyuarat Peringkat Menteri Mengenai Penguatkuasaan Undang-undang Lancang-Mekong Berlangsung di Beijing

(CRI)Selasa 16 September 2025

Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Penguatkuasaan Undang-Undang dan Kerjasama Keselamatan Lancang-Mekong telah diadakan di Beijing pada Isnin.

Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong mempengerusikan dan menyampaikan ucaptama pada mesyuarat tersebut.

Beliau berkata, sempena ulang tahun ke-10 Mekanisme Kerjasama Lancang-Mekong, China bersedia melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Tadbir Urus Global, menyempurnakan kerangka tadbir urus keselamatan serantau, membanteras jenayah rentas sempadan termasuk penipuan telekomunikasi dan menyokong pembinaan Pusat Kerjasama Keselamatan Penguatkuasaan Undang-undang Sungai Lancang-Mekong.

Selain itu meningkatkan keupayaan penguatkuasaan undang-undang bersama, membina kediaman Lancang-Mekong yang aman, makmur dan harmoni serta mempromosikan pembinaan komuniti berkongsi masa depan yang lebih mendalam dan substantif.

Wakil dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam pada majlis tersebut menyatakan komitmen mereka untuk melaksanakan hasil mesyuarat, sekaligus memperkasakan kolaborasi berkenaan.

Selain itu, mesyuarat tersebut turut meluluskan dua dokumen penting iaitu "Kenyataan Bersama Mengenai Memperdalam Kerjasama dalam Pembanterasan Jenayah Rentas Negara" dan "Kenyataan Bersama Mengenai Memperdalam Kerjasama dalam Rondaan Bersama dan Penguatkuasaan Undang-Undang di Sungai Mekong".

Video

Berita Berkaitan