Pengeluaran Bijirin Capai Tahap Tertinggi Dalam Sejarah

(CRI)Selasa 16 September 2025

Pengeluaran bijirin negara China mencapai tahap tertinggi dalam sejarah sejak perlaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14.

Demikian menurut pegawai Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar ketika mengumumkan pencapaian berkualiti tinggi sektor pertanian dan kawasan luar bandar sepanjang tempoh Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 dalam sidang media anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara pada Selasa.

Beliau berkata pada tahun 2024, pengeluaran bijirin negara buat pertama kalinya merekodkan lebih 700 bilion kilogram, iaitu lebih 37 bilion kilogram berbanding tahun 2020, manakala kadar pemilikan bijirin per kapita rakyat China juga mencecah 500 kilogram.

Secara asasnya jumlah bijirin adalah mencukupi untuk diri sendiri dan keselamatan bekalan makanan adalah terjamin.

Video

Berita Berkaitan