Xi Mahu Sekolah Parti Giat Pupuk Bakat, Sumbang Idea

(CRI)Isnin 29 September 2025

Sekolah Parti perlu memainkan peranan lebih besar dalam memupuk bakat dan menyumbang lebih banyak idea kepada Parti.

Presiden Xi Jinping berkata demikian ketika membuat arahan kerja melibatkan sekolah Parti di pelbagai peringkat, baru-baru ini.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata sekolah berkenaan perlu menawarkan pendidikan dan latihan yang lebih berfokus dan berkesan melalui pembaharuan, di samping mempergiat penyelidikan dan pentafsiran terhadap teori baharu Parti.

Arahan berkenaan disampaikan sempena mesyuarat mengenai kerja sekolah Parti yang berlangsung di Beijing pada Ahad.

Video

Berita Berkaitan