Wang Yi Bakal Lawat Itali, Switzerland

(CRI)Ahad 05 Oktober 2025

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi akan melawat Itali dan Switzerland bermula 7 hingga 12 Oktober.

Lawatan berkenaan dibuat atas undangan Timbalan Perdana Menteri Itali merangkap Menteri Luar, Antonio Tajani dan Ahli Majlis Persekutuan Switzerland merangkap Menteri Luar, Ignazio Cassis.

Dalam tempoh lawatan itu, Wang akan mengadakan mesyuarat bersama ke-12 Jawatankuasa Kerajaan China-Itali serta pusingan keempat Dialog Strategik Peringkat Menteri Luar China-Switzerland.

Video

Berita Berkaitan