- Lain-lain
Pavilion China Rangkul Emas untuk Reka Bentuk Pameran di Ekspo Osaka
Seorang pelancong melawat Pavilion China di Ekspo Osaka 2025 di Jepun pada 11 Julai 2025. (Xinhua/Jia Haocheng)
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa Pavilion China di Ekspo Osaka 2025 telah memenangi anugerah emas pada Ahad untuk kategori reka bentuk pameran dalam kalangan pavilion bersaiz besar yang dibangunkan sendiri.
Secara tidak langsung, ia menandakan anugerah ekspo utama yang kelima berturut-turut diterima oleh Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China sejak ia mula menyelaraskan penyertaan China dalam ekspo dunia pada 1982.
Menurut Xinhua, anugerah tersebut telah dinilai oleh barisan panel yang terdiri daripada sembila pakar antarabangsa dalam eksposisi, seni bina, dan seni, meliputi tiga kategori iaitu pameran, seni bina, dan penterjemahan tema, dengan pembahagian berdasarkan jenis dan saiz pavilion.
Pelancong berbaris untuk melawat Pavilion China di Ekspo Osaka 2025 di Jepun pada 11 Julai 2025. (Xinhua/Jia Haocheng)
Dalam kalangan 25 pavilion bersaiz besar yang dibangunkan sendiri termasuk pavilion dari Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Sepanyol, Pavilion China dilihat bersinar untuk memenangi Anugerah Emas untuk Reka Bentuk Pameran.
Difahamkan, Pavilion Arab Saudi dan Itali masing-masing menerima emas dalam kategori seni bina dan penterjemahan tema.
Setiausaha agung Biro Antarabangsa Pameran, Dimitri Kerkentzes berkata bahawa Pavilion China berpadanan dengan tema ekspo, dan menyifatkan ia sebagai bukan sahaja untuk mempamerkan budaya dan sejarah panjang China, tetapi juga visi dan tanggungjawabnya untuk menyumbang kepada solusi pembangunan untuk masa depan.
Pavilion China, iaitu salah satu pavilion asing binaan sendiri yang terbesar, meliputi kawasan seluas sekitar 3,500 meter persegi. Diinspirasikan oleh skrol kaligrafi China tradisional, seni bina pavilion itu memperlihatkan tema ‘Membina Komuniti Kehidupan untuk Manusia dan Alam Sekitar – Masyarakat Masa Depan Pembangunan Hijau’.
- Duta Besar Malaysia Harap Lebih Banyak Produk Tradisional Tembusi Pasaran China
- Pesta Antarabangsa Wuqiao China ke-20 Buka Tirai di ‘Kampung Halaman Akrobatik’
- Filem “Dead To Rights” Raih Sambutan Baik di Amerika Utara
- Jed Hotan: Jambatan Sepanjang Zaman Dalam Kalangan Tamadun
- Hari Pavilion China bagi Ekspo Dunia 2025 di Osaka
- Xi Balas Surat Delegasi Belia AS
- Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Tamadun Global Bakal Berlangsung di Beijing
- Groto Yungang, Cermin Seni Pahat Berunsurkan Asia Tengah
- UNESCO, China Anjur Simposium Rai Hari Dialog Sesama Tamadun
- Budaya China Bertapak di Eropah, Jadi Sebahagian Gaya Hidup