Duta Besar Malaysia Harap Lebih Banyak Produk Tradisional Tembusi Pasaran China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 11 Oktober 2025

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berucap ketika menyampaikan ucapan perasmian. (People's Daily Online/Wang Jing)

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berucap ketika menyampaikan ucapan perasmian. (People's Daily Online/Wang Jing)

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad menyifatkan hubungan China dan Malaysia mempunyai kekuatan pada sudut diplomatik dan politik berikutan terdapatnya kepercayaan utuh antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara.

Menyempurnakan lagi kekuatan tersebut, beliau berpendapat bahawa penjalinan hubungan mesra antara rakyat China dan Malaysia adalah pengisian yang terbaik selepas politik serta perdagangan dan pelaburan.

“Hubungan mesra antara rakyat boleh merangkumi semua termasuk perdagangan, pelancongan, seni dan budaya serta penghargaan terhadap muzik. Malah, kita juga ada penyanyi yang mempunyai pengikut tersendiri di China,” ujar Duta Besar itu ketika ditemui pemberita pada Jumaat selepas melancarkan produk batik dari Malaysia, PINK JAMBU yang membuka kedai pertamanya di Beijing.

Berkongsi pengalamannya sepanjang keberadaan di China selama dua tahun, Norman turut mendapati bahawa golongan muda di negara Tembok Besar mempunyai keterbukaan dalam penerimaan terhadap barangan dari luar negara.

Justeru, beliau berharap agar produk-produk lain akan menyusuli memasuki ke pasaran China seperti songket dan tenun, selain menyatakan kesediaan pihaknya untuk membantu dari sudut promosi.

Pada masa sama, Norman menyarankan agar pereka muda dari Malaysia untuk datang sendiri ke China untuk melihat budaya dan trend di situ, seterusnya cuba untuk menyepadukan reka bentuk yang berunsurkan elemen Malaysia dan China.

Difahamkan, pemilik PINK JAMBU, Tengku Marina Ibrahim telah mendapat inspirasi untuk mengeluarkan koleksi selepas mengadakan lawatan ke Istana Musim Panas Beijing yang bersejarah, yang memperlihatkan keindahan kolam teratai, dusun buluh dan bunga liar kemudiannya diterjemahkan ke dalam motif batik.

Antara koleksi produk batik yang diilhamkan daripada Istana Musim Panas. (People's Daily Online/Wang Jing)

Antara koleksi produk batik yang dipaparkan. (People's Daily Online/Wang Jing)

Antara koleksi produk batik yang dipaparkan. (People's Daily Online/Wang Jing)

Video

Berita Berkaitan