AS Diminta Untuk Tidak Bersifat Talam Dua Muka

(CRI)Selasa 14 Oktober 2025

Amerika Syarikat (AS) diminta untuk tidak bersifat talam dua muka dengan menyuarakan komitmen untuk mengadakan rundingan bersama tapi pada masa sama mengancam untuk mengenakan sekatan baharu, itu bukan cara yang betul untuk menjalinkan hubungan dengan China.

Demikian tegas jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) pada Selasa sebagai respons terhadap tindakan sekatan yang diumumkan AS baru-baru ini, termasuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk China.

Kata jurucakap itu lagi, AS perlu membetulkan segala amalan yang salah serta menunjukkan sikap tulus ikhlas dan bertindak sehaluan jika ingin berunding dengan China.

Dalam perkembangan berasingan, pegawai AS mencadangkan untuk mengadakan perbincangan dengan China setelah dimaklumkan bahawa China melaksanakan kawalan eksport terhadap bahan-bahan seperti nadir bumi baru-baru ini, namun China menangguhkan perbincangan tersebut.

Jurucakap MOFCOM menegaskan, langkah-langkah kawalan eksport bahan-bahan seperti nadir bumi diambil kerajaan China berdasarkan undang-undang dan peraturan untuk membaikpulih sistem kawalan eksport negara sendiri.

China bahkan telah memaklumkan kepada AS melalui mekanisme dialog kawalan eksport dua hala sebelum langkah kawalan tersebut dikuatkuasakan.

Namun, pelbagai tindakan sekatan baharu AS terhadap China sejak Mesyuarat Ekonomi dan Perdagangan China-AS di Madrid berlangsung, sehingga menjejaskan dengan serius kepentingan China dan suasana mesyuarat perdagangan dua hala.

China dengan tegas menolak tindakan AS tersebut.

Video

Berita Berkaitan