Perkhidmatan Semakin Laju, Volum Penghantaran Ekspres China Saksi Peningkatan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 16 Oktober 2025

Biro Pos Negara melaporkan bahawa volum bungkusan penghantaran ekspres tahunan China melepasi 150 bilion setakat 11 Oktober 2025, sekali gus mencapai penanda aras baharu 37 hari lebih awal berbanding pada 2024.

Meskipun bersaiz kecil, bungkusan-bungkusan tersebut telah menghubungkan bandar-bandar, industri serta pasaran dalam dan luar talian, dengan aliran pesat tersebut mencerminkan denyutan rancak untuk ekonomi China.

Pergerakan kesemua bungkusan tersebut memperlihatkan potensi luar biasa dalam pasaran domestik China.

Foto sudut udara bertarikh 20 Ogos 2025 ini memperlihatkan sebuah dron sedang menghantar sebuah bungkusan di Daerah Shushan, bandar Hefei, Provinsi Anhui, timur China.

Foto sudut udara bertarikh 20 Ogos 2025 ini memperlihatkan sebuah dron sedang menghantar sebuah bungkusan di Daerah Shushan, bandar Hefei, Provinsi Anhui, timur China.

Baru-baru ini, Kurban Mehmut, seorang penduduk kampung dari Kawasan Autonomi Mongolia Bayingolin di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China telah menerima sekotak beras, tepung dan minyak masa yang telah dibeli secara dalam talian.

Dengan terdapatnya model penghantaran yang kolektif yang menyepadukan sumber dalam pengangkutan, pengisihan, dan proses penghantaran, penghantar ke Xinjiang secara percuma akhirnya menjadi realiti. Hari ini, lebih daripada 80 peratus produk dalam platform e-dagang JD.com boleh menikmati penghantaran percuma ke wilayah itu, dan jumlah pesanan dari Xinjiang pada tahun ini telah meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Pada separuh pertama tahun ini, hasil daripada penghantaran ekspres dan volum bungkusan di wilayah tengah dan barat China masing-masing telah berkembang sebanyak 13.6 peratus dan 25.5 peratus dari tahun ke tahun, iaitu lebih tinggi daripada purata kebangsaan.

Dahulunya merupakan satu kelemahan, perkhidmatan logistik di kawasan terpencil kini muncul sebagai pendorong pertumbuhan yang baharu.

Pergerakan bungkusan memperlihatkan momentum kuat dalam tenaga produktif kualiti baharu. Sejak bulan Jun, satu cawangan gergasi kurier China iaitu ZTO Express di Nanchang, Provinsi Jiangxi telah mengerah 20 kenderaan penghantaran autonomi tenaga baharu, yang berkhidmat untuk 30 komuniti yang berdekatan.

Li Feng, ketua di cawangan tersebut berkata bahawa sejak hari pertama ia dilancarkan, volum penghantaran harian untuk cawangan itu secara puratanya bertambah lebih daripada 20 peratus dari tahun ke tahun.

Pada masa sama, aliran bungkusan juga mencerminkan keberkesanan dasar makroekonomi China.

Tahun ini, China terus memperkenalkan dasar untuk mengembangkan permintaan domestik dan merangsang penggunaan. Program tukar beli barangan pengguna telah dikembangkan dengan meliputi lebih banyak kategori produk, secara tidak langsung mendorong pertumbuhan mampan dalam volum penghantaran ekspres, selain turut mempercepat transformasi dan penaiktarafan industri.

Biro Pos Negara turut memaklumkan bahawa industri penghantaran ekspres dan penghantaran China, dengan jaringan global dan domestik yang meluas telah menghubungkan pengeluaran, pengagihan, kitaran dan penggunaan secara cekap, seterusnya memberikan sokongan kuat untuk kitaran ekonomi negara yang lancar.

Bergerak ke hadapan, industri itu akan mempercepat pembangunan tenaga produktif kualiti baharu menerusi inovasi teknologi dan saintifik, serta memainkan peranan yang lebih penting dalam mempromosi pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi dan membina pasaran kebangsaan yang disatukan.

Video

Berita Berkaitan