Lebih 3,200 Syarikat Sahkan Penyertaan Untuk CIIE ke-8

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 17 Oktober 2025

Pegawai kastam sedang melakukan pemeriksaan terhadap kumpulan pertama pameran masuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8. (Foto oleh Shen Chunchen)

Pegawai kastam sedang melakukan pemeriksaan terhadap kumpulan pertama pameran masuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8. (Foto oleh Shen Chunchen)

Dalam tempoh sebulan lagi, Shanghai sekali lagi akan menjadi tumpuan global seiring dengan kembalinya Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE). Lebih daripada 3,200 syarikat dari lebih 110 negara dan wilayah telah mendaftar untuk pameran perniagaan, meliputi kawasan seluas 360,000 meter persegi.

Kepercayaan teguh oleh rakan-rakan lama mahupun syarikat baharu yang baru menyertai boleh diterjemah menerusi hasrat mereka untuk melakukan pelancaran dan kemunculan sulung produk masing-masing.

Syarikat Maybach Luxury Asia Pacific dari Jerman, telah menjadi syarikat pertama yang telah menghantar barangan pameran yang pertama untuk masuk ke CIIE tahun ini, dan ia telah diluluskan oleh kastam di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan China di Shanghai.

Bagi syarikat tersebut, selepas mendapat kejayaan komersial luar jangkaan pada CIIE ke-7 pada tahun lalu, sejak dari itu, ia telah menubuhkan ibu pejabat Asia-Pasifik di Hong Kong dan merancang untuk mewujudkan subsidiari China di Shanghai. Reruai syarikat itu pada tahun ini telah berkembang daripada 36 meter persegi kepada 300 meter persegi, dengan jumlah pameran bertambah dua kali ganda, dan beberapa zon yang bertema telah ditambah masuk.

“Memperluas keberadaan kami bukan sekadar penaiktarafan strategik. Ia malah mencerminkan komitmen kami untuk berkembang bersama dengan CIIE,” ujar ketua Maybach Luxury.

CIIE bukan sekadar berfungsi untuk mempamerkan produk, tetapi juga menjadi jambatan kepada inovasi. Memanfaatkan momentum ekspo sepanjang tujuh tahun yang lalu, Medtronic, iaitu salah syarikat peranti perubatan terbesar di dunia telah menjadikan lebih daripada 30 pameran istimewa kepada produk komersial.

Alex Gu, naib presiden kanan dan presiden Medtronic Greater China berkata pihaknya telah menaik taraf daripada pempamer kepada pelabur, menjadi saksi kepada perubahan inovasi daripada ‘dibawa masuk’ kepada ‘menerokai global’.

Beralih daripada pameran produk kepada pembinaan ekosistem, angka syarikat multinasional yang menggunakan platform CIIE untuk menginovasi bersama dengan rakan dari China turut meningkat.

Gergasi perniagaan agro dan kesihatan Jerman, Bayer yang telah menyertai setiap edisi CIIE akan mempersembahkan 26 pameran sorotan pada tahun ini di dua reruai yang berkeluasan keseluruhan sehingga 800 meter persegi.

Sistem pembedahan yang dibantu robot pembedahan Hugo RAS yang dibangunkan oleh Medtronic dipamerkan semasa CIIE ke-8 pada 8 November 2024. (Foto oleh Tang Ke)

Sistem pembedahan yang dibantu robot pembedahan Hugo RAS yang dibangunkan oleh Medtronic dipamerkan semasa CIIE ke-8 pada 8 November 2024. (Foto oleh Tang Ke)

Pada bulan Mei, Bayer melancarkan ladang demonstrasi pertanian-boleh jana semula yang ketiganya di China, yang juga akan membuat kemunculan sulungnya pada CIIE. Dibangunkan secara bersama dengan rakan dari segenap industri, akademia, penyelidikan dan pengguna akhir, ladang itu membuka lembaran baharu yang menyepadukan pertanian boleh jana semula dan pembiakan biologi.

Seiring dengan produk baharu yang terus muncul, perkongsian turut sama diperdalam. Pada CIIE ke-8 kelak, Chiesi Group, iaitu syarikat multinasional biofarmaseutikal yang beribu pejabat di Itali berusia hampir 90 tahun itu akan memperkenalkan tiga unit perniagaan teras iaitu kesihatan pernafasan, penyakit jarang jumpa, dan penjagaan istimewa, dengan berganding bahu bersama-sama dengan rakan-rakannya, untuk mempercepat pengenalan produk inovatif.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Giuseppe Accogli berkata bahawa CIIE bukan sahaja platform yang penting terhadap keterbukaan dan ketersambungan, tetapi juga jalan pintas buat syarikat multinasional untuk memperdalam kerjasama, dan menterjemahkan hasil inovasi.

Untuk rekod, Shanghai sedang memperkenalkan satu siri langkah inovatif untuk menjadi penyertaan dalam CIIE ke-8 menjadi lebih mudah.

Shanghai juga memperkenalkan satu pakej dasar susulan untuk mengembangkan kesan limpahan CIIE, yang merangkumi perdagangan, percukaian, keselamatan awam, dan kastam. Langkah seperti dasar ‘FIRST in Shanghai 3.0’, pemulangan cukai pelepasan segera, dan prosedur kastam yang diperkemaskan untuk menjadikan penyertaan dan lawatan lebih lancar dan cekap.

Video

Berita Berkaitan