- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Menteri Luar Sweden dan CEO Blackstone AS di Beijing
Sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik dengan Sweden, China bersedia melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dan menawarkan dasar bebas visa dengan harapan Sweden memainkan peranan konstruktif bagi mendorong perkembangan sihat hubungan China dan Eropah.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Sweden, Maria Malmer Stenergard di Beijing pada Khamis.
Dalam pertemuan tersebut, Maria Malmer Stenergard berkata, pihaknya ingin menyemarakkan semangat saling hormat, memperkasakan dialog, mendorong persefahaman, menangani perselisihan pendapat secara berhemah, di samping menyokong sistem perdagangan terbuka dan bebas.
Dalam perkembangan berasingan, Wang Yi juga mengadakan pertemuan dengan CEO Blackstone Amerika Syarikat (AS), Stephen A. Schwarzman di Beijing pada hari yang sama.
Wang menegaskan, kunci kepada hubungan China-AS adalah dengan mengamalkan tindakan sama rata, saling hormat dan menang-menang.
Memutuskan hubungan bukanlah pilihan yang rasional, dan konfrontasi hanya merugikan kedua-dua pihak.
Sementara itu Stephen A. Schwarzman berharap Beijing dan Washington dapat memperkasakan interaksi dan menghapuskan salah faham yang dipercayai kondusif bagi pembangunan dan kemakmuran masing-masing.
- Menteri Luar Sweden Stenergard akan Lawat China
- China, AS Fokus Selesai Persengketaan Dagangan Melalui Dialog dan Kerjasama
- Xi, Raja Sweden Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 75 Tahun Hubungan Diplomatik
- Han Zheng Hadir Upacara Angkat Sumpah Trump
- Xi Utus Tahniah Forum Persahabatan Rakyat China-AS
- Pertemuan Pemimpin China-AS Berhasil