Presiden Xi Utus Ucap Takziah atas Pemergian Bekas PM Jepun Murayama

(CRI)Isnin 20 Oktober 2025

Presiden China Xi Jinping mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri Jepun Ishiba Shigeru atas pemergian bekas Perdana Menteri Murayama Tomiichi, pada Ahad.

Xi dalam perutusan takziah kepada Ishiba menyatakan bahawa Murayama merupakan seorang ahli politik yang sangat adil.

Bahkan Murayama merupakan rakan lama rakyat China yang telah berusaha memperkukuh persahabatan antara China dan Jepun.

Pada tahun 1995, ketika Murayama menjawat jawatan Perdana Menteri Jepun, beliau telah menyampaikan kenyataan rasmi mengenai sejarah, mengakui serta mengenang kembali pencerobohan dan penjajahan yang dilakukan Jepun, serta memohon maaf kepada negara-negara yang pernah menjadi mangsa.

Xi berkata, semangat yang terkandung di dalam "Kenyataan Murayama" harus dikekalkan, bahkan beliau menyatakan harapan agar Jepun dapat bekerjasama dengan China, mengambil iktibar daripada sejarah, memandang ke masa depan, mempertahankan asas politik hubungan dua hala serta bersama-sama memajukan pembangunan menyeluruh hubungan strategik saling menguntungkan antara China dan Jepun.

Video

Berita Berkaitan