Lebih 10,000 Syarikat VR Kini Bertapak di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 22 Oktober 2025

Kanak-kanak sedang mencuba peranti AR dan VR di dewan sains dan teknologi di Bandar Jiaxing, Provinsi Zhejiang di timur China pada 12 Julai 2025. (Xinhua/Jin Peng)

Kanak-kanak sedang mencuba peranti AR dan VR di dewan sains dan teknologi di Bandar Jiaxing, Provinsi Zhejiang di timur China pada 12 Julai 2025. (Xinhua/Jin Peng)

Menjelang penghujung 2024, China mempunyai lebih daripada 10,000 syarikat yang beroperasi dalam sektor realiti maya (VR), umum Persidangan Dunia untuk Industri VR (WCVRI) 2025 yang melabuhkan tirainya di Nanchang, Provinsi Jiangxi, di timur China.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, Xie Shaofeng yang merupakan ketua jurutera Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China berkata bahawa sektor VR di China secara asasnya telah mewujudkan sistem industri yang berdikari, satu ekosistem aplikasi bersepadu dan pelbagai, serta ekologi industri yang lengkap secara relatifnya.

Tambah beliau, hasil-hasil positif telah tercapai dalam penemuan baharu teknologi teras, pembangunan piawaian dan penyepaduan teknologi.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah merumuskan lebih daripada 30 piawaian kebangsaan dan mendahului penghasilan hampir 10 piawaian antarabangsa dalam bidang kunci seperti manusia digital maya dan peralatan terminal VR, yang membantu dan menjamin pembangunan industri yang berpiawaian.

Dianjurkan oleh kerajaan Provinsi Jiangxi, sebanyak enam sesi WCVRI telah diadakan di Nanchang sehingga hari ini.

Video

Berita Berkaitan