- Lain-lain
Pengawalan Tanah, Bunga Kekwa Perubatan Berkembang Mekar di Xinjiang

Foto menunjukkan bunga kekwa putih asli yang baru dipetik, iaitu sebagai sebahagian daripada inisiatif ekologi yang dilancarkan untuk meningkatkan pendapatan individu sambil menghentikan pengembangan Gurun Taklimakan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat daya China.
Satu jenis bunga kekwa perubatan yang berwarna putih atau turut dikenali sebagai bunga kekwa Beijing, pada baru-baru ini bermekaran sepenuhnya di sebuah ladang percubaan di sepanjang pinggir selatan Gurun Taklimakan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China.
Ditanam di sebuah zon demonstrasi kawalan tanah yang khusus di kaunti Yutian, kawasan Hetian, bunga berwarna putih asli tersebut bertebaran bak emping salji di serata gumuk emas itu, sekali gus membentuk landskap ekologi yang unik.
Di sebalik lautan bunga tersebut adalah inisiatif ekologi inovatif yang disasarkan untuk mengubah pasir kepada satu aset.
Terletak 35 kilometer daripada kawasan pusat kaunti, zon demonstrasi itu merupakan sebahagian daripada jalur hijau sekatan pasir di sepanjang pinggir Gurun Taklimakan.

Pekebun tersenyum riang tatkala mendapat hasil bunga kekwa yang melimpah-ruah di Gurun Taklimakan, Wilayah Autoonomi Uygur Xinjiang, di barat laut China. (Foto oleh Abudula Maimaitiming)
Sejak bulan Mei lalu, pekan Oytograk di kaunti Yutian telah menubuhkan kebun percubaan berkeluasan 600-mu (atau 40 hektar) di zon demonstrasi, di mana herba perubatan termasuk bunga kekwa, ketayap Cina, dan pokok renek merah telah ditanam, yang secara tidak langsung membangunkan sistem ekologi pelbagai lapisan secara berperingkat-peringkat yang menggabungkan pokok, pokok renek, dan tanaman perubatan bersilang.
Dengan mengamalkan model kolaboratif yang melibatkan kampung, perusahaan dan pekebun, Yutian telah memupuk 450,000-mu herba perubatan di bawah satu strategi penanaman yang menampilkan campuran penanaman bersepadu dengan membawa kitaran pertumbuhan yang pelbagai, sekali gus mencapai kedua-dua manfaat ekologi dan ekonomi.
- Xinjiang Sambut Kedatangan Musim Tuai Kapas
- Hutan Populus Euphratica Tersergam Gah di Hotan
- Pameran Perdagangan Buah Istimewa Xinjiang (Aksu), Cipta Jaringan Pasaran
- "Makanan Laut" Xinjiang
- Pertanian Aprikot Pacu Pertumbuhan di Kuqa
- Tasik Sayram, "Titisan Air Mata Terakhir Lautan Atlantik"
- Xi Pulang ke Beijing
- Pelbagai Jabatan Ucap Tahnian kepada Rakyat Berbilang Kaum di Xinjiang
- Xi Hadiri Perhimpunan Meraikan Ulang Tahun ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Presiden Xi Beri Arahan Penting mengenai Pembangunan Xinjiang




