China Usulkan Pengukuhan Kolaborasi Melalui Piawaian Karbon

(CRI)Khamis 06 November 2025

Delegasi China secara rasmi mengemukakan usul untuk "meningkatkan perbincangan kerjasama standard berkaitan karbon di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)".

Usul berkenaan dikemukakan pada sesi terakhir tahunan Jawatankuasa Perdagangan dan Persekitaran WTO yang berlangsung di Geneva, Switzerland pada Selasa.

Cadangan berkenaan bagi menumpukan kepada langkah menangani kepelbagaian isu berkaitan standard karbon global serta tindakan holistik bagi mempromosikan pembangunan perdagangan dan iklim melalui kerjasama sistematik.

Usul yang dikemukakan China itu diiktiraf oleh 25 anggota yang mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut termasuk kumpulan negara-negara Afrika, Caribbean dan Pasifik, kumpulan negara kurang maju serta Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Australia, Jepun dan Switzerland.

China juga menekan bahawa usul berkenaan berasaskan fungsi sedia ada WTO dan tidak menetapkan kewajipan tambahan atau had masa.

Ini bagi membolehkan pelbagai pihak mencapai keseimbangan yang lebih baik antara menangani perubahan iklim dengan penggalakan kemudahan perdagangan melalui usaha meningkatkan perkongsian maklumat dan saling boleh kendali serta menggalakkan sistem standard.

Video

Berita Berkaitan