UNESCO Isytihar 21 Mac Sebagai "Hari Taijiquan Antarabangsa"

(CRI)Khamis 06 November 2025

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meluluskan resolusi mengisytiharkan 21 Mac setiap tahun sebagai "Hari Taijiquan Antarabangsa".

Keputusan tersebut dibuat dalam sesi ke-43 perhimpunan agung UNESCO di bandar kedua terbesar di Uzbekistan, pada Rabu.

Menurut resolusi tersebut, Taijiquan, sebagai sukan tradisional yang bersejarah dan satu warisan kebudayaan tidak ketara, memainkan peranan positif dalam meningkatkan kesihatan manusia, serta mempromosikan keterangkuman dan kesamarataan gender di masyarakat.

Selain itu, menurut resolusi itu, Taijiquan juga berperanan penting dalam menggalakkan pertukaran kebudayaan dan menyumbang kepada pembinaan keamanan.

Taijiquan, sejenis senaman tradisional China yang bermanfaat bagi kesihatan fizikal dan mental manusia, diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara oleh UNESCO pada tahun 2020.

Video

Berita Berkaitan