- Lain-lain
PMI Sektor Pembuatan Global Catat 49.7 Peratus pada Oktober
Data yang diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China pada Khamis menyaksikan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor pembuatan global untuk bulan Oktober mencatat 49.7 peratus.
Prestasi itu menyamai rekod pada September yang berada pada julat 49 peratus hingga 50 peratus selama 8 bulan berturut-turut sekali gus mencerminkan ekonomi global terus pulih secara perlahan.
Menurut data tersebut, PMI sektor pembuatan di Asia dan Afrika menurun sedikit berbanding bulan lalu, namun kedua-duanya masih kekal berada di atas paras 50 peratus.
PMI di Eropah pula menyaksikan peningkatan sedikit berbanding bulan lepas dan berada di bawah 50 peratus manakala PMI di Amerika Latin menurun sedikit berbanding bulan lepas, berada di bawah 49 peratus.
Data tersebut memperlihatkan industri pembuatan global terus berkembang stabil dalam julat tertentu.
Kadar pemulihan sektor tersebut pada tahun ini terbukti lebih baik berbanding tempoh yang sama tahun lalu, namun masih berada di bawah paras sebelum pandemik COVID19 dan ekonomi global terus menunjukkan pemulihan yang perlahan.
- China Komited kepada Pembangunan Sosial di Peringkat Global
- Pengemaskinian Matlamat Sumbangan Nasional China, Detik Penting Tindakan Iklim Global - Sekretariat UNLCCC
- PM Li Hadir Sidang Peringkat Tinggi GDI
- Xi Umum NDC Baharu China, Perkukuh Tindakan Tangani Perubahan Iklim
- Rancangan China Menangani Perubahan Iklim Global Sangat Penting - Antonio Guterres
- Xi Seru Pembinaan Dunia yang Bersih, Indah dan Lestari
- PMI China Catat 50.5% pada Mac
- China Mahu Optimumkan Persekitaran Pengguna, Lancar Pelan Tindakan Tiga Tahun
- China Seru Kerjasama Iklim Sesama Bandar Dipergiat
- Naib PM China Berucap pada Sidang Kemuncak Tindakan Iklim




