Industri Matcha Tongren Harum di Pentas Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 12 November 2025
Industri Matcha Tongren Harum di Pentas Global
Foto produk matcha di sebuah kedai di kaunti Jiangkou, Provinsi Guizhou, di barat daya China pada 14 Mei 2025. (Xinhua/Yang Wenbin)

Di kaunti Jiangkou, Provinsi Guizhou, barat daya China, fasiliti penyimpan sejuk matcha di taman perindustrian GuiTea Group yang merupakan pengeluar teh terbesar di provinsi itu kini beroperasi pada kapasiti penuh.

Mutakhir ini, empat tan matcha telah dihantar dari fasiliti tersebut ke Jepun. Menurut Lan Fangqiang, timbalan pengurus besar anak syarikat GuiTea Group iaitu Syarikat Guizhou Tongren Gui Tea, ia sekali gus menandakan pertama matcha itu yang berskala besar dari Jepun dari syarikat itu.

Sejak awal tahun ini, kumpulan itu telah mengeksport matcha ke Jepun sebanyak tiga kali, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 16 tan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, GuiTea Group telah menjemput pakar-pakar dari Jepun untuk berkongsi teknik pengeluaran yang maju dan telah membina kilang besar yang khusus untuk pengeluaran matcha – seterusnya berjaya mencapai pengeluaran besar-besaran ketika ini.

Kesibukan barisan pengeluaran secara tidak langsung mencerminkan usaha Tongren yang meluas dalam membangunkan industri matcha setempat. Bandar itu terkenal sebagai ‘ibu kota Matcha di China’.

Eksport matcha dari bandar itu telah meningkat dengan stabil pada tahun-tahun mutakhir ini. Pada 2024, Tongren mengeksport sejumlah 180 tan matcha dan pada separuh pertama tahun ini, jumlah eksportnya mencecah 230 tan, iaitu meningkat 42 peratus dari tahun ke tahun.

Dengan permintaan global untuk matcha yang kian berkembang, produk-produk Tongren juga semakin pendapat pengiktirafan lebih luas dalam pasaran antarabangsa, sekali gus mendorong peningkatan stabil dalam pesanan.

Pada separuh pertama 2025, bandar itu menambah lagi pangkalan penanaman matcha baharu sebanyak 23,400 mu (sekitar 1,560 hektar atau kira-kira 2,185 padang bola sepak), dengan output mencapai 820 tan. Pada tahun ini juga, pengguna matcha Tongren telah mencakupi capaian lebih daripada 50 negara dan wilayah termasuk Jepun, Amerika Syarikat dan Perancis, dengan jualan luar negara mengekalkan momentum yang kuat.

Dalam usaha untuk menembusi lagi pasaran global, Tongren telah menjadikan matcha berkualiti tingginya sebagai produk istimewa sambil secara aktif mengembangkan bahagian pasaran di Jepun, Jerman, Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain.

Pihak kerajaan perbandaran juga telah menetapkan sasaran pengeluaran yang jelas, iaitu untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 1,750 tan tencha (bahan mentah untuk matcha) menjelang hujung tahun ini, dan lebih 2,200 tan menjelang 2026.

Sehingga hari ini, Tongren telah membangunkan 58 produk matcha yang kini boleh didapati di rak-rak pasar raya di 43 negara dan wilayah. Bandar itu juga merancang untuk membukan cawangan luar negara dan menubuhkan pasukan pemasaran tempatan di Amerika Syarikat, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China secara signifikan menaik taraf kapasiti pengeluaran matcha dan mengembang ekpsort ke Jepun. Memetik laporan Agensi Berita Kyodo, pengaruh Tongren sebagai hab pengeluaran matcha juga semakin bertambah. Untuk rekod, output matcha China pada tahun ini dijangka untuk melangkaui 5,000 tan, sekali gus menempatkan ia dalam kalangan pengeluar utama di seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan