- Lain-lain
Tidak Muncul, PBB Gesa AS Terlibat Semula Dalam Proses UPR
![]() |
| Para delegasi menghadiri sesi ke-50 Kumpulan Kerja Kajian Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland pada 7 November 2025. (Xinhua/Lian Yi) |
Ketidakhadiran Amerika Syarikat (AS) semasa Kajian Berkala Sejagat (UPR) kitaran keempat di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Jumaat menyaksikan Majlis itu terpaksa menunda sesi tersebut dan mengambil keputusan untuk menggesa Washington agar memulakan semula kerjasama.
Pada Ogos, AS memaklumkan kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) bahawa ia tidak akan menyertai kitaran kajian tersebut, sekali gus menjadikan proses interaktif mustahil untuk dilaksanakan seperti yang direncanakan.
Semasa sesi pada hari Jumaat itu juga, UNHRC menzahirkan kekesalan terhadap keengganan AS untuk turut sama terlibat, selain turut menggesa agar negara itu terlibat semula dalam mekanisme tersebut, serta meminta Presiden UNHRC untuk melaporkan pendekatan yang diambil bagi memulihkan semula kerjasama.
Antara lain keputusan yang diambil adalah untuk menunda UPR kitaran keempat AS pada tahun depan.
Untuk rekod, UPR dianggap sebagai platform utama dalam rangka kerja PBB untuk negara-negara bertukar-tukar pandangan terhadap isu berhubung hak asasi manusia.
Sejak kitaran pertama UPR bermula pada 2008, kesemua negara anggota PBB telah melalui tiga kajian. Manakala, kitaran keempat yang telah bermula sejak 2022 pula masih sedang berjalan. Difahamkan, AS telah melalui tiga kali kajian iaitu pada 2010, 2015 dan 2020.
- Lebih 2,000 Penerbangan Dibatalkan Sehari di AS
- Penutupan Kerajaan Berterusan, Senat Tolak Rang Undang-Undang Peruntukan Kali ke-12
- RUU Pembiayaan dari Republikan Ditolak Lagi
- Kemasukan Pelajar Antarabangsa ke AS Turun 19 Peratus
- Tinjauan CGTN: Kegagalan Tadbir Urus Kerajaan AS Cetus Kekecewaan
- Rumah Putih Umum Penutupan Operasi Kerajaan
- Mahkamah AS Putuskan Pembekuan Dana Harvard oleh Pentadbiran Trump Adalah Tidak Sah
- Ketidaktentuan Prospek Ekonomi AS Tetap Tinggi - Fed
- Protes Las Vegas: 94 Orang Ditahan
- AS Umum Tarif Peralatan Elektrik Mengandungi Keluli Naik kepada 50 Peratus





