Perkukuh Hubungan China-Laos, Bawa Lebih Banyak Manfaat kepada Rakyat

(CRI)Rabu 12 November 2025

Setiausaha Agung Parti Revolusi Rakyat Laos dan juga Presiden negara itu, Thongloun Sisoulith menerima kunjungan delegasi Parti Komunis China (PKC) yang diketuai ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei di Vientiane, pada Selasa.

Dalam pertemuan tersebut, Li, yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, menyampaikan salam mesra Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC Xi Jinping kepada Thongloun.

Beliau berkata, menerusi kepimpinan strategik Xi dan Thongloun, hubungan dua hala diperkukuh selain pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos membuahkan hasil baharu yang membawa manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara.

Sementara itu, Thongloun menyatakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, termasuk memanfaatkan projek Kereta Api Laos-China untuk membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara, serta mendorong hubungan dua hala berkembang secara berterusan.

Video

Berita Berkaitan