- Lain-lain
Makam Prasejarah Ditemui di Pulau Hainan
![]() |
| Ahli arkeologi sedang memerhati tapak ekskavasi di tapak relik Gua Luobi di Sanya, Provinsi Hainan di selatan China, pada 8 November 2025. (Xinhua/Guo Cheng) |
Satu makam prasejarah yang berusia sekitar 12,000 hingga 13,000 tahun lalu telah ditemui di Provinsi Hainan di selatan China – turut dipercayai makam terawal yang ditemui di pulau itu.
Memetik laporan agensi berita Xinhua pada Isnin, penyelidikan arkeologi itu dilakukan secara bersama oleh Institut Warisan Budaya dan Arkeologi Provinsi Hainan, Fakulti Arkeologi dan Ilmu Muzium Universiti Peking serta Muzium Sanya.
Difahamkan, makam itu ditemui di tapak relik Gua Luobi di Daerah Jiyang, Sanya, kepunyaan seorang kanak-kanak yang ditanam dengan kaki dan tangan yang membengkok.
Hiasan cangkerang turut ditemui berdekatan dengan bahagian kepala dan pinggang, yang turut dipercayai sebagai paling awal dalam kalangan seumpamanya di China, sekali gus menawarkan input bernilai dalam budaya prasejarah Hainan serta pertukaran budayanya dengan Asia Tenggara.
Untuk rekod, usia makam itu diukur menggunakan kaedah perkiraan siri uranium dan karbon-14.
Tapak Gua Luobi yang diterokai pada 1983 telah menemui fosil manusia, peralatan batu, tulang dan sisa haiwan, secara tidak langsung memberikan bukti paling awal tentang aktiviti manusia di selatan China.
Gao Xing, felow penyelidik di Institut Paleontologi Vertebrat dan Paleoantropologi Akademi Sains China berkata bahawa, penemuan baharu itu adalah sangat signifikan untuk memahami sejarah aktiviti manusia prasejarah di Pulau Hainan, seterusnya membina semula aturan budaya prasejarah pulau tersebut, serta mengkaji pertukaran dan menyebarluas teknologi peralatan batu dan budaya dengan penduduk di Selatan China, Asia Tenggara dan banyak lagi.
![]() |
| Ahli arkeologi mengisih sampel tanah yang dihimpun di tapak relik Gua Luobi di Sanya, Provinsi Hainan, selatan China pada 8 November 2025. (Xinhua/Guo Cheng) |
![]() |
| Ahli arkeologi sedang memerhati tapak ekskavasi di tapak relik Gua Luobi di Sanya, Provinsi Hainan di selatan China, pada 8 November 2025. (Xinhua/Guo Cheng) |
![]() |
| Ahli arkeologi memerhatikan sampel yang digali dari tapak relik Gua Luobi di Sanya, Provinsi Hainan di selatan China pada 8 November 2025. (Xinhua/Guo Cheng) |
![]() |
| Foto bertarikh 8 November 2025 ini menampilkan pemandangan tapak ekskavasi tapak relik Gua Luobi di Sanya, Provinsi Hainan, di selatan China. (Xinhua/Guo Cheng) |
- ‘Diari’ Penduduk Purba Berusia 7,300 Tahun Ditemui di Tapak Zaman Batu Baru Provinsi Anhui
- Artifak "Manuskrip Sutera Zidanku" Dikembalikan kepada China dari AS
- Pelajar China Sedia Hidangan Nasi, Guna Resipi Purba Berusia 2,000 Tahun
- Sekilas Integrasi AI Di Dalam Arkeologi
- Naga Jed Terbesar dari Budaya Hongshan Ditemukan di Utara China
- Spesies Baharu Telur Dinosaur Ditemui di Shandong
- Peninggalan Hoabinh Ditemukan di Barat Daya China
- Dua Kapal Karam Purba Ditemui di Laut China Selatan
- Penemuan Baharu Singkap Ritual Istiadat Era Qin









