Li Qiang Bertemu Timbalan Presiden Afrika Selatan

(CRI)Isnin 24 November 2025

China bersedia bersama dengan Afrika Selatan terus memupuk rasa percaya, menyokong antara satu sama lain, memperdalam kerjasama pelbagai bidang seperti pelaburan, tenaga baharu, kenderaan, perubatan, ekonomi digital dan infrastruktur serta membuahkan lebih banyak hasil menerusi perkongsian rakan strategik kedua-dua negara pada era baru.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika bertemu dengan Timbalan Presiden Afrika Selatan, Paul Mashatile di Johannesburg pada Ahad.

Beliau menyifatkan China dan Afrika Selatan sebagai rakan baik yang menjalinkan hubungan persahabatan sejak sekian lama.

Li berkata, Beijing bersedia meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan Johannesburg, melaksanakan hasil Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024 di Beijing dan memajukan perkembangan orde antarabangsa ke arah yang lebih adil dan munasabah.

Sementara itu Marshatile berkata, pihaknya bersedia memanfaatkan momentum pelaksanaan tarif sifar, mengukuhkan kolaborasi dalam ekonomi, perdagangan, sosiobudaya, dan mendorong perkembangan perkongsian rakan strategik pelbagai bidang pada era baru.

Video

Berita Berkaitan