- Lain-lain
PM China Seru G20 Dorong Kerjasama Antarabangsa Lebih Meluas Demi Pembangunan

Perdana Menteri China, Li Qiang menyeru Kumpulan 20 (G20) untuk mendorong kerjasama antarabangsa yang lebih meluas supaya bersama-sama menangani cabaran dan mempromosikan pembangunan.
Li berkata demikian ketika berucap pada sesi kedua dan ketiga Sidang Kemuncak G20 ke-20 di sini, pada Sabtu dan Ahad.
Beliau berkata, tatkala pelbagai cabaran seperti perubahan iklim, tenaga dan kriris makanan bertindan-tindih, komuniti antarabangsa perlu bersatu padu untuk menangani masalah berkaitan melalui kolaborasi.
Li mengesyorkan pihak-pihak berkaitan supaya mempergiat kerjasama dalam bidang perlindungan ekologi alam sekitar, dan mengukuhkan daya tahan pembangunan.
"China bersedia memperhebat kolaborasi dengan masyarakat antarabangsa dalam Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) Kunming-Montreal, di samping mendorong hasil Persidangan Pihak-Pihak ke-30 (COP30) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) dilaksanakan secara berkesan," kata beliau.
Li juga menyarankan pihak-pihak berkaitan supaya memperkasakan kerjasama dalam tenaga hijau dan transformasi adil, dan menyatakan kesediaan China untuk memberikan sokongan kepada negara lain dalam memacu transformasi tenaga.
"Kolaborasi keselamatan makanan juga perlu dipergiat untuk menjamin pembekalan stabil.
"China bersedia bersama-sama pelbagai negara untuk mendorong pelaksanaan Inisiatif Kerjasama Antarabangsa Mengenai Keselamatan Makanan Global dan menyumbang kepada pembasmian kelaparan dan kemiskinan," tegas Li.
- Perisytiharan Sidang Kemuncak G20 Diluluskan Majoriti Anggota
- PM Li Hadir Sesi Pertama Sidang Kemuncak G20 di Johannesburg
- PM Li Tiba di Johannesburg, Hadiri Sidang Kemuncak G20
- PM Li Qiang akan Hadir Mesyuarat SCO, G20, Lawat Zambia
- Laporan G20 Seru Masyarakat Antarabangsa Atasi Ketidaksaksamaan Global
- Perjalanan Xi di Amerika Latin Galakkan Persahabatan, Perpaduan, Kerjasama dan Pembangunan
- Xi Balik di Beijing
- Xi Berangkat Pulang ke Tanah Air dari Brasilia
- Kukuhkan Perkongsian Strategik China-Jerman dari Perspektif Jangka Panjang - Xi
- Presiden Xi Bertemu Presiden Bolivia Arce




