- Lain-lain
Jumlah Pelaburan Luar China Menduduki Tempat Ketiga di Dunia
Jumlah pelaburan langsung China di luar negara dalam tiga suku pertama tahun ini merekodkan RMB923.68 bilion (RM538.19 bilion), mempertahankan tempat ketiga di peringkat global, sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Menghadapi persekitaran luar yang kompleks dan berubah-ubah, pelaburan langsung China di luar negara mengatasi pelbagai cabaran dan menyaksikan pertumbuhan dengan meliputi 151 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Salah satu perubahan penting dalam "berlayar ke luar" syarikat-syarikat China adalah peralihan pengeksportandari produk kepada teknologi dan pelan solusi.
Di samping itu, "Made in China" tidak lagi hanya sinonim dengan kilang dunia, tetapi telah menjadi sumber penting bagi sistem perindustrian canggih di peringkat global.
Ahli penyelidik dari Insitut Penyelidikan Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhou Mi menyatakan bahawa kadar iterasi industri dan teknologi China lebih tinggi daripada tahap purata global, bahkan lebih tinggi daripada kebanyakan negara.
Menjelang akhir tahun 2024, China telah menubuhkan lebih daripada 50,000 syarikat di luar negara, menawarkan lebih 2 juta peluang pekerjaan secara purata setahun.
Syarikat-syarikat teknologi tinggi China bukan sahaja telah mencapai kenaiktarafan di dalam negeri, tetapi juga berkongsi manfaat dengan dunia melalui pembinaan kilang di luar negara.




