- Lain-lain
Jenama Permainan Ditempatkan di Kawasan Utama di Pusat Beli-belah China
![]() |
| Pengguna memilih kotak misteri di kedai Pop Mart di Xidan Joy City, sebuah pusat beli-belah di Beijing, ibu kota China pada 28 Disember 2024. (Xinhua/Shi Yifei) |
Jenama permainan reka bentuk terbaru kini semakin mendapat tempat di ruang tingkat bawah yang utama di sekitar pusat beli-belah serata China, sekali gus mendorong pembeli dengan tarikannya yang menarik.
Seiring dengan pengguna golongan muda yang mencari kepuasan emosi selain turut mempunyai kuasa membeli, pusat beli-belah sedang bergerak melangkaui daripada hanya barangan yang berfungsi sahaja, kepada memberi fokus terhadap penciptaan pengalaman yang melibatkan emosi.
Lu, seorang profesional fesyen di Shanghai yang turut peminat tegar permainan jenama UK iaitu Felt, telah menzahirkan minatnya terhadap permainan itu, menyifatkan ia sebagai dibuat dengan sangat cantik dan mampu mengubah angin emosinya menjadi lebih ceria sejurus melihatnya.
Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelidikan Kanak-kanak dan Belia Shanghai, 56.3 peratus golongan muda lebih memilih untuk berbelanja untuk produk yang membawa kebahagiaan dan keselesaan emosi, iaitu meningkat 16.2 mata peratusan berbanding 2024. Patung plush, barangan aromaterapi, dan produk melegakan tekanan merupakan antara kategori utama yang memberikan nilai emosi.
Pengguna juga semakin mencari produk yang menawarkan kelebihan emosi. Menurut pekerja di kedai-kedai, meskipun kebanyakan pembeli adalah di antara 15 dan 35 tahun, namun sebilangan besar berada pada umur lingkungan 40-an dan 50-an. Hakikatnya, ramai ibu bapa yang datang bersama-sama anak masing-masing ke kedai akhirnya menjadi pembeli dan individu paling seronok.
Fang, 40-an, peminat setia Pop Mart, telah bekerja dalam industri editorial selama bertahun-tahun. Beliau terlibat dalam permainan fesyen buat pertama kalinya ketika cuba untuk mendapatkan barangan terhad untuk anaknya. Masa demi masa, dia terjebak untuk melawat kedai permainan tersebut di dalam pusat beli-belah pada setiap minggu, dengan Pop Mart dan Jellycat sentiasa dalam laluannya.
Terdapat juga tanda tanya tentang faktor di sebalik pusat beli-belah yang memberikan jenama-jenama tersebut di kawasan utama.
Menurut pemain industri, penyewa di tingkat bawah perlu menyamai kedudukan keseluruhan pusat beli-belah dan juga melengkapi kategori sedia ada. Mereka juga perlu menarik pelanggan muda dan golongan yang mempunyai kuasa membeli.
Berbanding dengan runcit tradisional yang bergantung kepada keperluan trafik lalu lintas manusia, penggunaan pada hari ini menekankan tentang pengalaman. Kedai-kedai yang memfokuskan nilai emosi perlulah kelihatan menyerlah dan menarik.
Secara tidak langsung, ia menjadi tempat yang sesuai untuk tujuan foto dan sering menjadi hab untuk dalam talian. Dengan kebanyakan produk berharga RMB100, mereka dapat membuat jualan dengan lebih mudah.
Jika dibandingkan dengan beg, kasut atau pakaian tradisional, kesemua jenama itu lebih stabil dan berkesan dalam menarik kedatangan pelanggan baharu.
- Bandar Tianmen Guna Platform E-dagang, Bina Jaringan Pakaian Global
- Mainan Plush Sumbang RMB7.5 Bilion Untuk Bandar Tersorok Jauh di Pergunungan Shaanxi
- Industri Ringan Pamer Prestasi Kukuh Empat Bulan Pertama 2025
- Meski Tanpa Salji, Gaoqiao Berjaya Jadi Hab But Salji Global
- Keuntungan Perusahaan Industri Ringan Melebihi RMB1.32 Trilion
- Industri Pakaian Renang Berkembang di Xingcheng
- Industri Ringan China Kekal Momentum Pemulihan
- Shenzhen, Pengeluar 42% Jam Tangan Global





