Pelabuhan Qinzhou Pecah Rekod Kendalian Kontena (3)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 04 Disember 2025
Pelabuhan Qinzhou Pecah Rekod Kendalian Kontena

Pelabuhan Qinzhou di Teluk Beibu, wilayah Guangxi memecahkan rekod pengendalian kontena apabila jumlah pemuatan dan pemunggahan melebihi 2.027 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) bagi tempoh sebelas bulan pertama tahun ini.

Kapasiti pengendalian itu meningkat sebanyak 34.3 peratus tahun ke tahun, disokong oleh operasi pelabuhan berasaskan sistem pintar.

Naib ketua bahagian operasi terminal kontena, Yang Feng berkata Pelabuhan Qinzhou dikendalikan oleh sistem operasi pintar yang menerapkan kecerdasan buatan (AI), data raya, pengkomputeran awan dan teknologi kawalan automatik.

Sistem berkenaan menyaksikan operasi Pelabuhan Qinzhou mencapai status tanpa pengendali sepenuhnya, membabitkan fasa kapal berlabuh sehingga kontena siap dihantar, tambah beliau.

Pada masa hadapan, kapasiti pengendalian dan tahap automasi Pelabuhan Qinzhou akan terus meningkat susulan pembinaan jeti pelabuhan kontena yang baharu.

Ini sekali gus memperkukuh peranan Pelabuhan Qinzhou dalam menyediakan perkhidmatan logistik maritim yang lebih pintar dan cekap kepada negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Video

Berita Berkaitan