EU Umum Perjanjian Awal Larang Import Gas Asli Rusia, Hungary akan Fail Saman ke Mahkamah Keadilan Eropah

(CRI)Khamis 04 Disember 2025

Majlis Kesatuan Eropah pada Khamis mengumumkan bahawa majlis itu telah mencapai persetujuan awal dengan wakil-wakil Parlimen Eropah untuk melarang pengimportan gas asli dari Rusia secara berperingkat sehingga pelaksanaan larangan penuh.

Perjanjian tersebut masih memerlukan pengesahan rasmi daripada semua negara anggota dan Parlimen Eropah sebelum boleh dikuatkuasakan.

Bagaimanapun Menteri Luar Hungary, Peter Szijjarto mengecam langkah tersebut dan menyatakan tindakan itu akan menjejaskan keselamatan tenaga Hungary.

Katanya Hungary akan memfailkan saman kepada Mahkamah Keadilan Eropah sebagai tindak balas terhadap keputusan EU itu.

Video

Berita Berkaitan