- Lain-lain
Ekonomi Ais-salji China 2025 Dijangka Bernilai RMB1 Trilion

Seiring dengan bermulanya musim pelancongan ais-salji 2025-2026 di kawasan bahagian timur laut China, jumlah langganan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Shenyang-Baihe yang mula beroperasi pada 28 September 2025, meningkat dengan ketara.

HSR Shenyang-Baihe yang digelar sebagai "arteri besi-keluli" yang boleh beroperasi pada kelajuan maksimum 350 km sejam itu, sudah menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahu keluar melancong ke Gunung Changbaishan yang terserlah dengan pemandangan ais-salji.

Setakat 19 November, ketibaan pengembara melalui HSR terbabit mencatat 986,000 orang, yang dipercayai boleh menyuntik kedinamikan kepada pembangunan ekonomi tempatan terutama industri pelancongan sepanjang laluan itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kapasiti industri ais-salji China melambung dari RMB270 bilion (RM157.07 bilion) pada tahun 2015 kepada RMB980 bilion (RM570.11 bilion) pada tahun 2024, dan dijangka akan melepasi paras RMB1 trilion (RM581.74 bilion ) pada tahun 2025.

- Ekonomi Ais dan Salji Hangat di China, Musim Ski Bermula Kuat
- Jilin Ubah Tempat Peranginan Ski, Jadi Destinasi Sepanjang Tahun
- Kemunculan Kerjaya Baharu Permudah Pembangunan Sukan Ais dan Salji
- Tinjauan CGTN: Ekonomi Ais dan Salji Jadi Pemacu Baharu Ekonomi China
- Perkembangan Pesat Industri Ais dan Salji Cipta Peluang Pekerjaan Baharu di China
- Dunia Ais dan Salji Harbin ke-26 Dirasmikan
- Ekonomi Ais dan Salji China Tumbuh Pesat
- Beijing Bersedia untuk Keseronokan Musim Sejuk
- Ekonomi Ais, Salji China Pamer Momentum Cemerlang
- Obor, Pingat, Lagu Sukan Musim Sejuk Asia Diumumkan




