Strategi Pembangunan SAR Macau Perlu Selari dengan FYP ke-15 Negara - Xi

(CRI)Rabu 17 Disember 2025

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau perlu memastikan strategi pembangunan wilayah tersebut selari dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-15 negara, bagi menyepadukan dan menyumbang kepada pembangunan keseluruhan China.

Perkara tersebut ditekankan Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif SAR Macau Sam Hou Fai yang dalam lawatan ke Beijing bagi membentangkan laporan kerja pada petang Selasa.

Xi berkata, sepanjang setahun lalu di bawah kepimpinan Sam Hou Fai, kerajaan baharu SAR Macau telah menunjukkan pendekatan proaktif dan pragmatik.

Xi menambah, kerajaan SAR Macau perlu kekal tegas mempertahankan pelaksanaan prinsip “satu negara dua sistem", "orang Macau mentadbir Macau”, dan autonomi bertahap tinggi demi kemakmuran dan kestabilan Macau dalam masa jangka panjang.

Video

Berita Berkaitan