- Lain-lain
China Desak Jepun Segera Musnahkan Senjata Kimia Terbengkalai di China
China sekali lagi mendesak Jepun untuk memenuhi kewajipannya di bawah Konvensyen Senjata Kimia (CWC) dengan mempercepat pemusnahan senjata kimia yang ditinggalkan di China.
Tuntutan itu dibuat pada sesi ke-30 Persidangan Negara-Negara Pihak CWC di The Hague, Belanda pada Rabu.
Ketua delegasi China, Wang Daxue turut menyelar laporan Jepun yang hanya menekankan kepada kemajuan dan pelaburan dalam proses pemusnahan, tanpa menyentuh isu-isu asas yang masih berlarutan.
Wang menegaskan, Jepun sepatutnya telah menyelesaikan kerja-kerja pemusnahan senjata kimia terbengkalai di China pada tahun 2007 berdasarkan CWC, namun Jepun menangguhkan tarikh tersebut sebanyak empat kali.
Wang menuntut Jepun menunaikan komitmennya terhadap CWC, mempercepat proses penggalian, pemulihan dan pemusnahan serta menyediakan maklumat mengenai lokasi senjata kimia terbengkalai, supaya bahaya dapat dihapuskan secepat mungkin.
- Dewan Pameran di Heilongjiang Dedah Sejarah Sebenar Perang Biologi Jepun
- Filem Unit 731 Jepun Disiarkan di China, Beri Peringatan Sejarah, Lindungi Keamanan
- China Kenang Insiden 18 September 1931, Titik Permulaan Perang Menentang Fasis
- Sumbangan Penggiat dalam Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Fasis Diiktiraf
- China Gesa AS dan Jepun Menarik Balik Sistem Peluru Berpandu Typhon
- “Evil Unbound 731" Bakal Ditayangkan di Seluruh Dunia Mulai 18 September
- Pameran Karya Seni mengenai Kemenangan China dalam Perang Menentang Pencerobohan Jepun
- China Tegaskan Komitmen Terhadap Pembangunan Damai dan Keadilan Global
- Majlis Peringatan Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun dan Fasis Berakhir Dengan Jayanya
- Xi Berucap Sempena Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis




