Tinjauan CGTN: Jepun Perlu Renung Kembali Sejarah

(CRI)Isnin 15 Disember 2025

Dengan mengakui jenayah dalam sejarah dan menghapuskan fahaman ketenteraan hingga ke akar umbi, Jepun barulah dapat kembali ke masyarakat antarabangsa sebagai negara normal.

Pandangan itu dizahirkan 82.7 peratus responden yang mengikuti satu tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN).

Sementara itu, sebanyak 89.4 peratus responden berpendapat bahawa sebagai negara yang pernah melancarkan perang pencerobohan terhadap negara lain, Jepun perlu berhati-berhati dalam kenyataan dan perbuatannya dalam isu sejarah.

Di mata 88 peratus responden, tindakan politikus Jepun menziarahi Yasukuni Jinja merupakan penafian terhadap sejarah pencerobohannya serta provokasi terhadap mangsa berkenaan.

80.8 peratus responden pula menyatakan kenyataan dan amalan pemimpin Jepun untuk menghidupkan semula militarisme mutakhir ini menggambarkan imejnya sebagai pencetus masalah dan perosak keamanan.

Video

Berita Berkaitan