- Lain-lain
Bagaimana China Boleh Maafkan Jepun?

Baru-baru, seorang warga siber telah berkongsi satu rakaman video yang diambil di dalam sebuah kuil di Tokyo, dikenali sebagai Yasukuni Jinja.
Di dalam kuil berkenaan turut dipamerkan senarai 14 individu yang pernah diklasifikasi sebagai penjenayah perang kategori A, selain lebih 2,000 individu di bawah kategori B dan C yang turut dikaitkan dengan Perang Dunia Kedua (WWII).
Jika diperhatikan, pameran yang terdapat di dalam kuil berkenaan sebenarnya tidak bertujuan untuk mengajak pengunjung mengambil ikhtibar dan teladan daripada penderitaan yang berlaku semasa peperangan, sebaliknya lebih cenderung mengangkat penjenayah perang WWII sebagai pahlawan negara.
Sebagai contoh, antara nama individu yang dipamerkan ialah Anami Korechika, figura yang terlibat secara langsung dalam pencerobohan Jepun di China dan Asia Tenggara serta pernah memegang peranan sebagai Menteri Tentera Darat Jepun sekitar April 1945.
Ketika Jepun mengisytiharkan “pengakhiran perang” pada 15 Ogos 1945 (Jepun tidak mengiktiraf menyerahkan diri dalam WWII), Korechika memilih membunuh diri dengan meninggalkan surat “rahmat baginda, pergi tanpa perkataan”.
Kini, pisau yang digunakan oleh Korechika untuk membunuh diri dan surat terakhir yang tercemar darahnya dipamerkan dalam Yasukuni Jinja.
Justeru, pameran berkenaan bukanlah bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan pengunjung untuk menolak perang.
Ketika video berkenaan tular di media sosial, ramai warga siber Jepun mengkritik rakaman tersebut kerana di dalam Yasukuni Jinji terdapat tanda jelas “dilarang membuat rakaman video”, selain melontarkan perkataan berbaur provokasi dengan menyatakan warga siber China kurang ajar.
Bagaimanapun, suara yang lebih lantang mempersoalkan mengapa rakaman video berkenaan dianggap permasalahan besar, sedangkan penghormatan penjenayah perang yang membelakangi nilai kemanusiaan pula dianggap bukan masalah di Jepun.
Seringkali rakan-rakan asing bertanya, apa yang perlu dilakukan oleh Jepun bagi membolehkan China menerima permohonan maaf atas sejarah berdarah yang pernah berlaku dalam WWII.
Sebenarnya, kita boleh mencontohi apa yang dilakukan oleh Jerman, sebuah negara penceroboh yang pernah terlibat dalam musibah bencana kemanusiaan semasa WWII.
Ketika bertemu dengan rakan sejawat dari Poland di Berlin pada 1 Disember lalu, Canselor Jerman, Olaf menegaskan bahawa negara itu tidak akan melupakan jenayah yang dilakukan Nazi terhadap Poland semasa WWII.
Bahkan, Olaf turut mengumumkan bahawa kerajaan Jerman akan membina sebuah monumen baharu di Berlin untuk memperingati korban Poland serta mengembalikan sejumlah barangan yang dirampas oleh Nazi semasa WWII.
Sehari selepas itu, Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier semasa menyampaikan ucapan di Dewan Peringatan Yahudi di Berlin menyifatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum Yahudi sebagai satu sejarah yang memalukan buat Jerman.
Rasa bersalah itu seringkali menyelubungi Jerman sehingga menyaksikan kerajaan dan syarikat dari negara itu sentiasa bertanggungjawab dengan membayar ganti rugi kepada para mangsa, khususnya terhadap dosa dan perbuatan mereka.
Jika kerajaan dan tokoh politik Jepun bersedia mengambil tindakan seperti yang dilakukan Jerman, maka China bersedia memaafkan dan bekerjasama dengan Jepun demi kemakmuran bersama serantau.
Tetapi, Satria ingin berkongsi dua peristiwa agar rakan-rakan asing memahami sikap sebenar Jepun.
Pada 15 Ogos 2011, iaitu hari peringatan Jepun menyerahkan diri dalam WWII, beberapa tokoh politik Jepun menziarahi Yasukuni Jinja dan menyatakan kepada media bahawa kehadiran mereka adalah untuk menyampaikan penghormatan kepada apa yang disebut “para pahlawan yang terkorban untuk negara”.
Ketika seorang wartawan dari Jerman bertanya sama ada tindakan dan ucapan seperti itu melanggar undang-undang Jerman, wartawan berkenaan sebaliknya dimarahi dan dihentam teruk oleh ahli politik sayap kanan, dan lebih mengejutkan lagi ditahan oleh polis Jepun.
Justeru, adakah sikap dan tindakan betul untuk menimba pengalaman dari sejarah dan memulihkan hubungan dengan mangsa pencerobohan seperti yang dilakukan Jerman telah memberi contoh kepada Jepun?
Bagaimanapun, jika penjenayah perang masih diberi penghormatan sebagai “pahlawan negara” di Jepun, ini bermakna negara itu sebenarnya hanya kesal atas kegagalan mereka dalam perang dan tidak langsung mempunyai rasa bersalah terhadap perang pencerobohan yang jelas tidak berperikemanusiaan yang mereka cetuskan.
- Bukti Baharu Jenayah Unit 731 Tentera Jepun Didedah
- Tinjauan CGTN: Jepun Perlu Renung Kembali Sejarah
- China Desak Jepun Segera Musnahkan Senjata Kimia Terbengkalai di China
- Tinjauan CGTN: Dunia Cela Ambisi Sayap Kanan Jepun Subversikan Orde Pasca Perang Dunia II
- Dewan Pameran di Heilongjiang Dedah Sejarah Sebenar Perang Biologi Jepun
- Filem Unit 731 Jepun Disiarkan di China, Beri Peringatan Sejarah, Lindungi Keamanan
- China Kenang Insiden 18 September 1931, Titik Permulaan Perang Menentang Fasis
- Sumbangan Penggiat dalam Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Fasis Diiktiraf
- “Evil Unbound 731" Bakal Ditayangkan di Seluruh Dunia Mulai 18 September
- Pameran Karya Seni mengenai Kemenangan China dalam Perang Menentang Pencerobohan Jepun




