China Bantah AS Besar-besarkan "Ancaman China" dalam Akta Pertahanan 2026

(CRI)Sabtu 20 Disember 2025

China membantah sekeras-kerasnya "Akta Peruntukan Pertahanan 2026" Amerika Syarikat (AS) yang membesar-besarkan "ancaman China", dan sudah berkali-kali membuat representasi dengan AS berhubung tindakannya yang dilihat sebagai campur tangan terhadap urusan dalaman China yang sudah menjadikan kepentingan pembangunan dan keselamatan kedaulatan China terjejas.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar di Beijing pada Jumaat.

Guo menyatakan bahawa China mendesak AS untuk melihat perkembangan China dan hubungan China-AS secara objektif dan rasional, mengambil tindakan sehaluan dengan China, melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dalam pertemuan di Busan.

"AS didesak tidak boleh melaksanakan klausa negatif melibatkan China yang terkandung dalam akta tersebut, dan harus bertindak menghapuskan kesannya yang buruk.

"China sama sekali tidak berganjak dari membela nasib sendiri, jika AS berdegil memekakkan telinga," tambah Guo.

Video

Berita Berkaitan