Muzium Istana, Jendela Fahami Peradaban China: Xi

(CRI)Selasa 28 Oktober 2025

Presiden Xi Jinping menyeru supaya Muzium Istana diangkat sebagai tapak pendidikan bagi memupuk semangat patriotik serta jendela penting yang membolehkan dunia lebih memahami peradaban dan bangsa China.

Beliau membuat kenyataan itu semasa melawat pameran sempena meraikan ulang tahun ke-100 penubuhan Muzium Istana di Beijing, pada Isnin.

Sebanyak 200 buah (set) artifak dan dokumen budaya dipertontonkan dalam pameran yang bertemakan 'A Century of Stewardship : From the Forbidden City to the Palace Museum'.

Xi berkata Muzium Istana harus mempergiat usaha dalam melindungi, membaik pulih dan memanfaatkan barangan artifak tinggalan sejarah yang disimpan di muzium itu.

Video

Berita Berkaitan