- Lain-lain
Guizhou Beri Nafas Baharu Untuk Warisan Tunpu
Pada tahun-tahun mutakhir ini, Provinsi Guizhou di barat daya China telah bergiat aktif untuk menjunjung tradisi sambil menggapai inovasi, menerokai signifikan sejarah, kaitan kontemporari, dan inti pati semangat budaya Tunpu itu sendiri.
Dengan memperdalam penyepaduan budaya dan pelancongan, provinsi itu sedang melalui transformasi ke arah penjana budaya yang penuh bertenaga.
Dalam bahasa Mandarin, Tunpu membawa maksud ‘kubu’. Istilah tersebut merujuk kepada bangunan perumahan yang kompleks di kampung-kampung serata Guizhou, yang dibina dalam gaya kubu bagi menentang serangan musuh pada zaman purba.
Berjalan menelusuri kampung Benzhai di daerah Xixiu, bandar Anshun, ia membuatkan seseorang itu seolah-olah sedang berada pada zaman lampau.

Foto memperlihatkan pemandangan kampung Benzhai di daerah Xixiu, bandar Anshun, Provinsi Guizhou di barat daya China. (Foto ihsan Pusat Media Bandar Anshun)
“Benzhai mungkin kelihatan seperti kampung biasa, tetapi ia sebenarnya merupakan garison ketenteraan yang dibina pada zaman Dinasti Ming (1368-1644),” ujar Jin Boyi, ketua Parti di kampung itu.
Pada awal zaman Dinasti Ming, askar-askar dihantar ke Guizhou, dan mereka serterusnya membina bangunan perumahan Tunpu batu dan memupuk tanah ladang. Keturunan mereka telah tinggal di situ dari satu generasi ke satu generasi yang lain, sekali gus memelihara adat asli mereka.
Hari ini, usaha pemeliharaan yang penuh berhati-hati itu memperlihatkan hasilnya. Pelawat yang berkunjung ke Benzhai masih boleh mengagumi ukiran halus pada pintu gerbang, tingkap dan pintu kekisi, di samping elemen-elemen seni bina tradisional yang lain.
Difahamkan, kampung itu mempunyai 36 medan segi empat, dengan 27 daripadanya diiktiraf sebagai tinggalan kebudayaan. Dengan terdapatnya sokongan dari pelbagai pihak, Benzhai telah melaburkan lebih daripada RMB30 juta (AS$4.22 juta) pada tahun-tahun mutakhir bagi memulihkan dan menyelenggara seni binanya yang bersejarah.
Guizhou telah menghimpunkan aset-aset budaya Tunpu, mendokumentasikan sejarah, adat dan tradsisi lebih daripada 300 kampung Tunpu. Usaha juga sedang giat dijalankan untuk melaksanakan rancangan keseluruhan provinsi dalam melindungi dan memanfaatkan budaya Tunpu.
Jiang Pingping, seorang anggota Persatuan Penyelidikan Budaya Tunpu Guizhou berkata bahawa, budaya Tunpu menyerap elemen daripada kumpulan etnik tempatan, memupuk penyepaduan tradisi Dataran Tengah dengan budaya etnik unik Guizhou dan memberikan contoh terhadap perpaduan peradaban China dalam kepelbagaian.
Opera Huadeng dan opera Dixi, dua bentuk opera tradisional China, adalah bahagian penting dalam budaya Tunpu. Daripada dialek dan kostum kepada hidangan dan pesta; serta daripada rumah-rumah berstruktur batu kepada persembahan opera Dixi, nilai spiritual tentang kesetiaan, keberanian, harmoni dan integrasi telah memastikan budaya Tunpu dapat terus hidup.
Di Tianlong Tunpu yang terletak di daerah Pingba, bandar Anshun, wanita tempatan yang mengenakan busana Tunpu tradisional mengalu-alukan kedatangan pengunjung dengan secangkir teh.
“Lebih ramai pelancong datang, dan kehidupan menjadi semakin baik,” kongsi Zhang Alian, pemilik restoran pertanian di rumah keluarga dan menjana RMB120,000 setiap tahun daripada perniagaannya.
Qian Liqun, profesor di Universiti Peking berkata bahawa, usaha untuk menterjemah hasil penyelidikan budaya Tunpu kepada pelancongan, pendidikan dan sumber kesusasteraan adalah tugas yang mustahak.
Pekan purba Jiuzhou, adalah tempat bermulanya budaya Tunpu di Anshun, yang memelihara sejumlah besar bangunan dari zaman dinasti Ming dan Qing. Pada tahun-tahun mutakhir ini, Anshun telah melengkapkan pemulihan besar-besaran terhadap perumahan lama dan jalan-jalan bersejarah, sambil membangunkan lebih banyak produk pelancongan inovatif.
Untuk sepuluh bulan pertama tahun ini, pekan purba itu menerima lebih daripada 2.9 juta kunjungan pelancong, iaitu meningkat sebanyak 26.3 peratus dari tahun ke tahun, menjana hasil pelancongan sebanyak RMB170 juta, iaitu kenaikan 52.8 peratus berbanding tempoh sama tahun terdahulu.
- Wanita Warga Emas di Yunnan Jalani Hidup Lebih Bermakna Menerusi Lukisan
- Industri Matcha Tongren Harum di Pentas Global
- Persekutuan Baharu Untuk Lindungi Warisan Budaya RCEP
- Kraf Guntingan Kertas Tradisional Semakin Diperakui Global Menerusi Inovasi
- Wanita Hui’an Pelihara Tradisi Tangkap Ikan Purba di Fujian
- Xiuwen Kini Masuk Musim Menuai Buah Kiwi
- “Malam DATA” di Guiyang Papar Teknologi AI Terkini
- Ekspo Industri Data Raya 2025 Pertaruh Inovasi Digital Terkini
- Jambatan Tertinggi Dunia di Guizhou Masuk Fasa Ujian Beban
- Liupanshui Manfaatkan Aset Semula Jadi Budaya untuk Dorong Pelancongan Kediaman




