- Lain-lain
Pembangunan Hijau Ciri Menonjol Modenisasi Ala China - MFA

Pembangunan hijau merupakan antara ciri-ciri menonjol dalam modenisasi ala China, kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian pada Khamis.
Jurnal Science Amerika Syarikat baru-baru ini mengeluarkan senarai sepuluh kemajuan santifik utama pada 2025, menyaksikan 'pertumbuhan berterusan tenaga boleh diperbaharui' yang terutamanya diterajui China menduduki tempat teratas.
Lin berkata China berjaya mewujudkan rangka dasar berkaitan pengurangan pelepasan karbon yang paling lengkap serta sistem tenaga boleh diperbaharui yang paling besar di dunia.
Menurut beliau, sepanjang pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025), produk tenaga angin dan fotovolta yang dieksport oleh China telah membantu negara-negara terbabit mengurangkan pelepasan kira-kira 4.1 bilion tan karbon dioksida.
Di samping itu, China bergiat aktif berkongsi hasil pembangunan hijau serta memberi sokongan yang semampu boleh kepada negara-negara Selatan Global.
Setakat Oktober tahun ini, China telah menandatangani 55 memorandum persefahaman (MoU) mengenai perubahan iklim dengan 43 negara membangun.
Lin menegaskan bahawa dalam senario tadbir urus iklim global menghadapi 'defisit tindakan', China akan terus bersinergi dengan semua negara untuk menangani pelbagai cabaran dan kesulitan, sekali gus menggerakkan pembangunan mampan sejagat.
- Mengikut Haluan China Merintis Masa Depan
- Lima Dekad Elektrifikasi: Kereta Api China Sentiasa di Barisan Hadapan Dalam Era Pintar
- Xi Sampaikan Salam Sempena Pesta Tuaian China
- China Keluarkan Kertas Putih Garis Panduan Tadbir Urus di Xinjiang pada Era Baharu
- Modenisasi China Bertunjangkan Tiga Sektor Saling Sokong
- Xi: Galakkan Golongan Muda Era Baru Bertanggungjawab dalam Pembinaan Modenisasi Gaya China
- Xi Mahu Semangat dan Usaha Kekal Teguh, Meski Zaman Berubah
- Modenisasi ala China Rujukan bagi Pembangunan Negara Lain - Duta Besar Laos
- Memajukan Hak Asasi Manusia Menersui Pembangunan: Kepentingan Global Amalan China
- Demi Masa Depan Lebih Baik




