- Lain-lain
Mengikut Haluan China Merintis Masa Depan
Ren Zhongping
Di setiap titik penting dalam sejarah, Parti Komunis China terbukti mampu memahami keadaan semasa dan segala perubahan dalam situasi, menyusun strategi yang tepat, membimbing rakyat mengatasi risiko serta cabaran, malahan senantiasa mendahului zaman.
Pada 20 hingga 23 Oktober, Sesi Plenari Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC diadakan di Beijing bagi merumuskan Pelan Lima Tahun ke-15, menyasarkan cetak biru terbaik untuk pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang, di samping mendorong kemajuan-kemajuan penting dalam usaha China merealisasikan pemodenan negara.
Pelan Lima Tahun merupakan cara penting untuk PKC mentadbir negara dan menguruskan politik, juga satu “kod” yang perlu untuk memahami jalan pemodenan China. Tema yang tetap sejak Pelan Lima Tahun pertama hinggalah yang ke-14 ialah matlamat membangunkan China sebagai sebuah negara sosialis moden. Jalan pemodenan China bukan sahaja membawa perubahan kepada China sendiri, tetapi juga kepada proses pemodenan semua negara membangun, justeru dianggap satu teladan perancangan strategik jangka panjang oleh lingkungan sarjana antarabangsa.
Jalan pemodenan China ini berjaya merungkai dua masalah yang sebelumnya dianggap mustahil ditangani. Jika dilihat kembali, China cuma mengambil masa beberapa dekad untuk menyelesaikan proses pengindustrian yang memakan masa beratus tahun di Barat. China juga mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan kestabilan sosial jangka panjang, membawa hampir 100 juta penduduk desa keluar dari belenggu kemiskinan dalam masa hanya 8 tahun, menggerakkan lebih 1.4 bilion rakyat seiringan ke arah kemodenan. Dua pencapaian ini yang tidak pernah disaksikan sebelumnya, membuktikan keunggulan dan keunikan jalan pemodenan China.
Mengapa China mampu? Kuncinya terletak pada pimpinan dan bimbingan berteraskan idea bernas.
Pembangunan berkualiti tinggi, prinsip asas yang menjadi pegangan pada era baharu ini. Dengan sokongan daya produktiviti baharu yang berkualiti, China menggalakkan transformasi hijau secara komprehensif terhadap ekonomi dan masyarakat. Kenderaan tenaga baru, kilang hijau, sistem tenaga boleh baharu, kesemua kemajuan signifikan yang dilakar meletakkan China di tempat terdepan di dunia dalam pembangunan hijau. Konsep “Dua Gunung” yang disarankan 20 tahun lalu, berakar umbi dalam segenap aspek pembinaan tamadun ekologi, sekali gus menawarkan penyelesaian ala China demi pembangunan mampan seluruh dunia.
Dalam mengejar kemodenan, rakyat sentiasa diutamakan. Bagi China, pembangunan berkualiti tinggi sama pentingnya dengan kehidupan berkualiti tinggi. Langkah-langkah yang diambil seperti pembangunan bandar, kebangkitan kawasan desa, serta “Projek Sepuluh Juta” terus-menerus menambah baik hidup rakyat. Hasilnya, jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar semakin kecil. Pasaran berskala raksasa dengan penduduk lebih 1.4 bilion ini telah menjana momentum pertumbuhan mampan, sedangkan hasrat rakyat menjadi daya penggerak pembangunan.
China juga memastikan keselarasan pembangunan dan keselamatan, menjamin pemodenan yang stabil dan meluas menerusi tadbir urus yang cekap. Melihat kepada aspek perundangan, pentadbiran di sisi undang-undang semakin mantap pelaksanaannya, manakala undang-undang bagi merangsang ekonomi swasta dan pelaburan asing telah memperkukuh lagi iklim perniagaan. Tadbir urus digital meningkatkan keefisienan, inovasi tadbir urus akar umbi terus dijalankan, dan kaedah tadbir urus China menunjukkan pelbagai kelebihan dari segi keinstitusian.
Turut menjadi pegangan bagi China ialah keterbukaan bertaraf tinggi kepada dunia luar, serta komitmen untuk menempuh jalan pembangunan yang damai. Selama beberapa tahun berturut-turut, China telah menarik kemasukan modal asing melebihi 100 bilion dolar AS, sementara platform seperti zon perdagangan bebas dan Ekspo Import Antarabangsa China mendorong lagi keterbukaan. Hasrat China untuk bersama-sama menjayakan Inisiatif Jalur dan Laluan serta Inisiatif Pembangunan Global, turut menggalakkan pembinaan sebuah komuniti berkongsi masa depan buat umat manusia, bahkan mencerminkan sikap bertanggungjawab sebuah negara besar.
Biarpun sudah ribuan gunung dan sungai diredah, masih banyak lagi yang perlu direntasi. Baru 10 tahun sejak China merealisasikan pemodenan peringkat asas; baru 20 tahun sejak China mula membina diri secara komprehensif sebagai sebuah negara sosialis moden yang kuat.
- Apakah Rancangan Lima Tahun di China?
- China Capai Tahap Tertinggi Pengeluaran dan Keselamatan Makanan Sepanjang FYP ke-14
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Berlangsung Hujung Oktober
- China Lakar Pencapaian dalam Pembangunan Infrastruktur Tali Air
- Lima Dekad Elektrifikasi: Kereta Api China Sentiasa di Barisan Hadapan Dalam Era Pintar
- Xi Sampaikan Salam Sempena Pesta Tuaian China
- China Keluarkan Kertas Putih Garis Panduan Tadbir Urus di Xinjiang pada Era Baharu
- Xi Mahu Keterlibatan Aktif Rakyat dalam Penyusunan FYP ke-15
- FYP ke-14: China Rekod Pelaburan Asing AS$700 bilion
- Modenisasi China Bertunjangkan Tiga Sektor Saling Sokong




