China Sokong Indonesia Sebagai Pengerusi UNHRC 2026

(CRI)Jumaat 26 Disember 2025

China mengucapkan tahniah kepada Indonesia atas pencalonannya oleh Kumpulan Asia-Pasifik Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) serta pelantikan negara itu sebagai pengerusi majlis berkenaan bagi tahun 2026.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Khamis.

Lin berkata, China menyokong Indonesia dalam melaksanakan tugas sebagai pengerusi baharu majlis itu, dan bersedia untuk memperkukuh dialog dan kerjasama dengan semua pihak.

Beliau turut menegaskan bahawa China komited untuk mengamalkan multilateralisme yang sebenar, serta bersama-sama masyarakat antarabangsa bagi menggalakkan pembangunan yang sihat dalam usaha kemajuan hak asasi manusia di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan