- Lain-lain
Wang Huning Akhiri Lawatan Rasmi ke Indonesia

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) Wang Huning mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia pada 3 hingga 4 Disember, atas jemputan Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat Indonesia (MPR), Ahmad Muzani.
Dalam rangka lawatan itu, Wang telah bertemu dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan menyampaikan salam daripada Presiden China, Xi Jinping.
Beliau turut menzahirkan simpati terhadap bencana banjir dan hujan lebat yang melanda kawasan Sumatera.
Wang berkata, China bersedia bekerjasama dengan Indonesia untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dan berganding tangan untuk meneroka jalan pemodenan yang bersesuaian dengan ciri-ciri masing-masing, demi menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia.
Sementara itu Prabowo meminta Wang untuk menyampaikan salam hormatnya kepada Presiden Xi.
Beliau turut menegaskan bahawa Indonesia tetap berpegang kepada prinsip satu China dan mengiktiraf Taiwan sebagai sebahagian wilayah dari China.
Prabowo berkata Indonesia yakin penuh terhadap masa depan hubungan dua hala, dan bersedia memperkukuh momentum positif tersebut demi melonjakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif Indonesia-China ke tahap lebih tinggi.
- Seminar Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Ikatan Diplomatik China-Indonesia Diadakan di Jakarta
- Resepsi HUT Ke-80 Kemerdekaan RI Berlangsung Meriah di Beijing
- Xi Bertemu Presiden Indonesia
- Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
- Li Qiang Bertemu Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia
- China, Indonesia Eratkan Kerjasama Tumpukan Projek Ikonik
- PM Li Qiang Bakal Lawat Indonesia dan Hadir Sidang Kemuncak ASEAN-China-GCC
- China, Indonesia Model Hubungan Saling Untung
- Wang Yi Bertemu Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional Indonesia
- Semarang Mohon Anggotai CAMSR




