Resepsi HUT Ke-80 Kemerdekaan RI Berlangsung Meriah di Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 28 Oktober 2025

Oleh: Ahmad Syukri Azmi

Duta Besar Republik Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun menyantuni tetamu yang menghadiri resepsi Hari Ulang Tahun ke-80 Kemerdekaan Indonesia di Beijing, pada 24 Oktober 2025. (Foto ihsan Kedutaan Besar Republik Indonesia di China)

Kedutaan Besar Republik Indonesia (RI) di China baru-baru ini menganjurkan resepsi Hari Ulang Tahun (HUT) ke-80 Kemerdekaannya di Beijing dengan penuh gilang-gemilang, yang turut dihadiri oleh Naib Menteri Luar China, Sun Weidong, perwakilan luar negara di Beijing serta sejumlah besar warga Indonesia di China.

Duta Besar RI di China, Djauhari Oratmangun dalam ucaptamanya menyifatkan tema HUT RI yang ke-80 iaitu ‘bersatu berdaulat, rakyat sejahtera, Indonesia maju’ sebagai semangat yang diwarisi oleh nilai-nilai perjuangan Indonesia, dan terus dipegang utuh dalam pelaksanaan diplomasi.

Duta Besar Republik Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun menyampaikan ucaptama semasa sambutan Hari Ulang Tahun ke-80 Kemerdekaan Indonesia di Beijing, pada 24 Oktober 2025. (Foto ihsan Kedutaan Besar Republik Indonesia di China)

Beliau turut mengimbau pencapaian kerjasama antara Indonesia dan China yang menyambut ulang tahun penjalinan hubungan diplomatik yang ke-75 pada tahun ini, termasuk pertemuan pemimpin tertinggi kedua-dua negara, serta pembentukan Dialog Strategik Komprehensif.

Djauhari antara lainnya juga menekankan tentang bidang perdagangan dan pelaburan, yang menyaksikan China terus menjadi rakan kongsi utama Indonesia. Untuk rekod, pada tahun lalu, volum dagangan kedua-dua negara telah mencapai AS$147.79 juta, manakala pelaburan China di Indonesia pula mencatatkan AS$8.1 juta.

Duta Besar itu juga menzahirkan keyakinan beliau terhadap bidang pelancongan, dengan menyatakan kehadiran pelancong dari Tanah Besar China ke Indonesia terus mempamerkan peratusan yang signifikan.

“Dengan angka kawasan pelancongan yang semakin meningkat di samping laluan penerbangan yang baharu, saya yakin bahawa jumlah pelancong dari China akan terus bertambah,” ujar Djauhari.

Duta Besar Republik Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun bersama-sama dengan duta-duta besar dan perwakilan luar negara di China semasa resepsi Hari Ulang Tahun ke-80 Kemerdekaan Indonesia di Beijing, pada 24 Oktober 2025. (Foto ihsan Kedutaan Besar Republik Indonesia di China)

Persembahan yang disajikan semasa resepsi Hari Ulang Tahun ke-80 Kemerdekaan Indonesia di Beijing, pada 24 Oktober 2025. (Foto ihsan Kedutaan Besar Republik Indonesia di China)

Persembahan yang disajikan semasa resepsi Hari Ulang Tahun ke-80 Kemerdekaan Indonesia di Beijing, pada 24 Oktober 2025. (Foto ihsan Kedutaan Besar Republik Indonesia di China)

Video

Berita Berkaitan