Tuaian Bijirin 715 Bilion kg Tahun 2025, Rekod Baharu dalam Sejarah China

(CRI)Isnin 29 Disember 2025

China mencipta satu rekod baharu dalam bidang penuaian bijirin pada tahun 2025, yang dilihat memberangsangkan dengan jumlah penghasilannya menokok 1.2 peratus tahun ke tahun, mencecah 715 bilion kilogram (kg).

Tuaian jagung, padi, kacang dan kentang merupakan empat segmen utama yang menyumbang kepada peningkatan output tersebut, terutama segmen jagung yang sebagai bijirin yang paling utama di China menyumbang 42.1 peratus keseluruhan output bagi tahun 2025.

Jika dilihat dari segi kapasiti tanaman yang bertambah, terdapat perladangan seluas 220,000 hektar yang setimpal dengan sebuah 'kaunti jelapang', yang ditambah pada tahun ini untuk segmen jagung.

Jika dilihat dari segi hasil per unit, tuaian jagung boleh dikatakan berturut-turut melonjak sejak tindakan berkenaan diambil bagi menyasarkan peningkatan hasil per unit tanaman bijirin dan tanaman untuk kegunaan minyak makan di peringkat kebangsaan pada tahun 2023.

Pada dua tahun kebelakangan ini, China menyaksikan peningkatan tuaian jagung pada kadar 2.1 peratus setiap tahun, yang dipercayai tidak terlepas dari peningkatan hasil per unit yang masing-masing bertambah kira-kira 24.2 kg per ekar pada tahun 2024 dan kira-kira 42.5 kg per ekar pada 2025.

Video

Berita Berkaitan