Panjat Tiang Pisau, Redah Laut Api, Pelancong Terpegun Lihat Festival Kuoshi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 26 Disember 2025

Pada 22 Disember, satu siri aktiviti kebudayaan diadakan di pekan Miaowei, provinsi Yunnan, sempena Festival Kuoshi yang disambut oleh kumpulan etnik Lisu. Persembahan yang dipertontonkan, termasuk “mendaki gunung mata pisau dan meredah lautan api”, mengundang kedatangan ramai pelancong yang bersorak gemuruh sepanjang acara.

“Mendaki gunung mata pisau” atau “memanjat tiang pisau” merujuk kepada persembahan yang menggunakan puluhan pisau yang dipasang mendatar pada tiang dengan matanya menghala ke atas serupa tangga. Pelakunya memanjat berkaki ayam, memijak terus pada mata pisau yang tajam.

“Meredah lautan api” pula merujuk kepada acara berjalan berkaki ayam di atas arang yang bernyala, sambil pelakunya mengaut bara api dengan tangan dan melemparkan ke udara.

Pekan Miaowei yang berpenduduk etnik Lisu, letaknya di kaunti Yunlong, daerah autonomi Bai Dali di provinsi Yunnan, barat laut China. Festival Kuoshi, perayaan paling penting bagi orang Lisu, merupakan sambutan tahun baharu tradisional etnik tersebut.

Video

Berita Berkaitan