- Lain-lain
Wanita Warga Emas di Yunnan Jalani Hidup Lebih Bermakna Menerusi Lukisan

Foto memaparkan lukisan oleh seorang ahli Persatuan Lukisan Petani Etnik Bai di Pekan Shuanglang, bandar Dali, Kawasan Autonomi Bai Dali, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Fu Hao)
Di kala usianya menjengah 92 tahun, Wang Bingxiu meluangkan kebanyakan harinya dengan duduk di hadapan kuda-kuda dan lukisan.
“Saya melukis ‘cerita’ tentang Dali dan kisah kehidupan saya sendiri,” kata Wang.
Wanita warga emas itu tinggal di Pekan Shuanglang, bandar Dali, Kawasan Autonomi Bai Dali, di Provinsi Yunnan, barat daya China. Beliau dahulunya merupakan seorang petani biasa.
Pada 2008, Shen Jianhua, seorang artis dari Shanghai, telah tiba di pekan itu menetap dalam jangka masa panjang. Semasa waktu lapangnya, beliau akan mengambil foto dan melukis potret penduduk tempatan yang lebih tua. Sejak detik itu, iaitu ketika kedua-duanya bertemu, Wang mulai mempelajari untuk melukis di bawah panduan Shen, sekali gus menjadikan Wang sebagai pelajar pertamanya di pekan itu.
Lebih menarik, Wang ketika itu sudah berusia 78 tahun. Beliau mempunyai pendidikan formal yang terhad dan tidak memiliki latihan seni yang sistematik. Dipandu oleh gerak hati, beliau telah mencampurkan warnanya sendiri dan menghasilkan lukisan pertamanya iaitu seekor harimau.
Dengan bantuan Shen, lukisan tersebut telah terjual bernilai lebih daripada RMB3,000 (sekitar AS$421).

Wang Bingxiu sedang menyiapkan sebuah lukisan di Pekan Shuanglang, bandar Dali, Kawasan Autonomi Bai Dali, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Fu Hao)
Semua itu berlaku lebih daripada sedekad yang lalu. Sejak dari itu, Wang telah menyempurnakan hampir 100 lukisan, selain turut mengadakan satu pameran solo pada umur 90 tahun.
Di pekan Shuanglang, beliau hanya merupakan salah seorang pelajar di bawah didikan Shen. Hingga hari ini, lebih daripada 20 wanita warga emas dan yang di pertengahan umur telah belajar untuk melukis di bawah panduan Shen.
Difahamkan, tema lukisan mereka merangkumi daripada memori dan kehidupan harian kepada landskap gunung dan air di kawasan sekitar, selain harapan masing-masing terhadap masa depan yang lebih baik.
“Kebiasaannya, saya melukis suasana nelayan dengan pukat di Tasik Erhai,” ujar Zhao Xinlian, 62, yang telah belajar dengan Shen selama 14 tahun. Tahun demi tahun, Zhao telah menjual sebanyak 70 ke 80 lukisan, dengan satu daripadanya pernah mendapat sehingga RMB80,000.

Foto menunjukkan lukisan oleh seorang ahli Persatuan Lukisan Petani Etnik Bai di Pekan Shuanglang, bandar Dali, Kawasan Autonomi Bai Dali, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Fu Hao)
Dengan jumlah pelajar yang semakin meningkat, Shen membimbing mereka untuk menubuhkan Persatuan Lukisan Petani Etnik Bai di pekan Shuanglang, Dali. Sejurus artis menyiapkan hasil yang mencukupi, Shen akan membawanya ke bandar-bandar seperti Beijing, Shanghai dan Shenzhen untuk mengadakan pameran dan menjual hasil seni mereka.

Zhao Xinlian sedang menyiapkan sebuah lukisan di Pekan Shuanglang, bandar Dali, Kawasan Autonomi Bai Dali, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Fu Hao)

Foto menunjukkan Zhang Changying dan lukisannya di Pekan Shuanglang, bandar Dali, Kawasan Autonomi Bai Dali, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Fu Hao)
- Kampung Liaohu Terkenal Dengan Tradisi Pembuatan Tembikar Ribuan Tahun
- Jagung Hiasan Beri Limpahan Rezeki Buat Petani di Yunnan
- Persekutuan Baharu Untuk Lindungi Warisan Budaya RCEP
- Kraf Guntingan Kertas Tradisional Semakin Diperakui Global Menerusi Inovasi
- Buah Epal Bawa Kemakmuran Buat Penduduk Kampung di Yunnan
- Wanita Hui’an Pelihara Tradisi Tangkap Ikan Purba di Fujian
- Pewaris di Yunnan Hidupkan Semula Armada Laksamana Zheng He
- B&B Popular di Denai Gaung Lompat Harimau Jadi Hab Pelancong di Yunnan
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- Forum Kerjasama Media BRI 2025 Himpun 200 Wakil Antarabangsa di Kunming




