- Lain-lain
Yunnan Bina Industri Bunga Moden, Majukan Kawasan Desa

Pelancong bergambar di Pasar Bunga Dounan di Kunming, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/Zheng Yi)
Dengan memanfaatkan kelebihan semula jadi yang unik sambil memperkukuh inovasi membabitkan segenap rantai industri, provinsi Yunnan di barat daya China sedang mentransformasikan industri bunganya untuk menyangga pembangunan berkualiti tinggi.
Di Pusat Perdagangan Lelongan Bunga Antarabangsa Kunming, secara puratanya satu transaksi selesai setiap empat saat. Sama ada mengikut model “jual dahulu, tuai kemudian” ataupun “tuai dahulu, jual kemudian”, kira-kira tujuh daripada setiap sepuluh kuntum bunga segar yang dijual di China datangnya dari Yunnan.
Kejayaan ini mustahil dicapai tanpa sebuah rantaian industri lengkap yang bermula daripada pembiakan serta R&D benih, kepada penanaman berbantu teknologi dan pengedaran pasaran yang efisien. Untuk sekian lamanya, ramai penanam bunga mengadu bahawa “setiap bunga yang dijual mengundang bayaran paten yang mahal”.

Seorang petani memetik bunga marigold di pekan Yuewang, Qujing, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/Zheng Yi)
Tahun-tahun kebelakangan ini, Yunnan menempuh jalan pembangunan yang berbeza-beza berdasarkan sumber tempatan, beransur-ansur memperkenalkan baka bunga yang ditanam sendiri ke pasaran, sehingga terhasilnya jenis-jenis tersendiri yang sesuai hidup di altitud tinggi. Integrasi “teras China” dalam industri bunga ini berjaya merungkai cabaran-cabaran sedia ada, termasuk kebergantungan yang berlebihan pada pengimportan jenis-jenis bunga utama.
Hari ini, bunga-bungaan dengan bantuan teknologi hidup subur dalam suasana yang sesuai dengan keperluan, lengkap dengan penyelesaian nutrien yang sepadan. Di rumah hijau pintar, sebuah sistem kawalan persekitaran automatik mengawal suhu dan kelembapan, sementara talian paip air dan baja bersepadu menyampaikan nutrien terus ke akar tumbuhan. Petani juga tidak lagi perlu membanting tulang mengerjakan ladang berkat kaedah penanaman tanpa tanah.
Bagi penduduk tempatan, He Guozhen, industri bunga telah membuka pintu rezekinya. Selepas memindah milik tanahnya kepada Taman Perindustrian Bunga Moden Lijiang, tiga ahli keluarganya telah mendapat kerja tetap di sana dan bersama-sama menjana pendapatan melebihi 100,000 yuan setahun.
Kisah He ini menjadi simbol komitmen Yunnan.
Pada 2024, Yunnan menghasilkan 20.6 bilion kuntum bunga segar, secara langsung menggaji 380,000 pekerja dan secara tidak langsung menyokong lebih sejuta orang. Di seluruh peringkat penanaman, pemprosesan dan pengedaran, begitu banyak keluarga yang dapat berkongsi dividen pembangunan.

Foto menunjukkan Pasar Bunga Dounan di Kunming, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/Zheng Yi)
Dengan mengambil inisiatif untuk memperkasakan inovasi benih di puncanya, mempertingkat kualiti dan kecekapan melalui penanaman berbantu teknologi, dan merapatkan jurang antara petani dan pembangunan industri, Yunnan terus-menerus mengembangkan rantaian industrinya, sekali gus meningkatkan nilai tambahan.
- Yunnan Serlah Keharmonian Manusia dan Alam
- Yunnan Kini Dikenali Sebagai Hab Sukan Luar China
- Bukit Dali Hadiahkan Pemandangan Awal Musim Sejuk Nan Warna-Warni
- Wanita Warga Emas di Yunnan Jalani Hidup Lebih Bermakna Menerusi Lukisan
- Kampung Liaohu Terkenal Dengan Tradisi Pembuatan Tembikar Ribuan Tahun
- Jagung Hiasan Beri Limpahan Rezeki Buat Petani di Yunnan
- Buah Epal Bawa Kemakmuran Buat Penduduk Kampung di Yunnan
- B&B Popular di Denai Gaung Lompat Harimau Jadi Hab Pelancong di Yunnan
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- Forum Kerjasama Media BRI 2025 Himpun 200 Wakil Antarabangsa di Kunming




