- Lain-lain
B&B Popular di Denai Gaung Lompat Harimau Jadi Hab Pelancong di Yunnan
Warna kontra sungai Jinsha dan Hengjiang mencipta pemandangan semula jadi nak menakjubkan di bandar Shuifu, Provinsi Yunnan di barat daya China. (People’s Daily Online/Zeng Zhihui)
Di denai Gaung Lompat Harimau sepanjang 23 kilometer di Sungai Jinsha, Feng Defang mengusahakan inap-sarapan (B&B) yang semakin popular dalam kalangan pelancongan antarabangsa dan tempatan di Provinsi Yunnan, barat daya China.
Sebagai seorang pesara anggota tentera, Feng pulang ke kampung halamannya di Yunnan pada 1980-an, seterusnya membina rumah dan tinggal terus menetap di situ. Pada satu malam 1988, dua pelancong asing yang tiada tempat penginapan dan datang berjumpanya untuk meminta bantuan.
Meskipun tidak mampu berbahasa asing, dia berjaya berkomunikasi menerusi gerak isyarat. Dia menawarkan kedua-dua pelancong tersebut tempat untuk bermalam dan menolak sebarang bayaran. Malah, dia juga menyediakan sup herba yang boleh membantu melegakan perut.
Tidak lama selepas itu, Feng mengosongkan satu bilik di rumahnya, dan menempatkan tiga katil, seterusnya mengkhususkan ia untuk pelancong menginap secara percuma.
“Ada antara mereka yang meninggalkan wang secara senyap, dan ada yang memberikan hadiah kepada anak saya. Saya tidak kisah pun, saya hanya sangat gembira untuk mendengar cerita mereka di sebalik gunung,” kongsi dia.
Kebaikan Feng terhadap pengembara beg galas telah direkodkan dalam Lonely Planet pada 1992. Susulan kedatangan lebih ramai pengembara berjalan kaki, dia membina B&B yang lebih baik untuk menempatkan mereka. Terletak di tengah jalan sepanjang denai Gaung Lompat Harimau, dia menamakan B&B miliknya sebagai rumah tumpang ‘Halfway’.
Dia yang hanya berpendidikan sekolah rendah itu mula mempelajari bahasa untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan luar negara dengan lebih baik.
Feng bertatih daripada mempelajari perkataan bahasa Inggeris satu persatu kepada bertutur fasih mengenai cuaca dan jejak laluan. Malah, dia turut mempelajari asas bahasa Jerman dan Jepun. Bagi membantu pendaki, dia turut menghasilkan peta kawasan tempatan dan pelbagai bahasa.
Kini, ‘Halfway’ telah berkembang dengan mempunyai 47 buah bilik, dengan tempahan semasa musim kemuncak perlu dilakukan beberapa bulan lebih awal. Pelancong dari lebih 90 negara telah menginap di situ.
“20 tahun yang lalu, penduduk di kampung ini terdesak untuk meninggalkan kawasan pergunungan dan pergi mencari pekerjaan di bandar-bandar. Kini, dengan kembara berjalan kaki semakin popular, lebih daripada 90 peratus penduduk kampung telah terlibat dalam pelancongan, sehinggakan anak saya juga telah pulang untuk memulakan perniagaan masing-masing,” kata Feng.
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- Forum Kerjasama Media BRI 2025 Himpun 200 Wakil Antarabangsa di Kunming
- Projek Hidrokuasa di Yunnan Tarik Pelancong, Penduduk Kampung Raih Pendapatan Stabil
- Industri Bunga Berkembang Mekar di Kaunti Yao’an
- Industri Lada Sichuan Berkembang Maju di Yunnan
- Halaman Kebudayaan Pelihara, Pamer Warisan Budaya di Pekan Purba Lijiang
- Kaum Etnik Yi Raikan Pesta Obor di Yunnan
- Keajaiban Alam, Kuala Sungai di Yunnan Rupa “Stimbot”
- Sungai Lancang: Pemandangan Ladang Teres Musim Panas dari Udara
- 161 Bangunan Masih Baik Terpelihara di Pekan Purba Jianchuan