- Lain-lain
Jagung Hiasan Beri Limpahan Rezeki Buat Petani di Yunnan

Di mukim Wenquan, bandar Anning, Provinsi Yunnan di barat daya China, pekerja kelihatan sibuk menuai jagung varieti istimewa. Pada masa sama, pengunjung turut bersama-sama menyertai dalam mengupas bahagian kulit, sekali gus mencipta satu pengalaman yang penuh dengan elemen keterujaan.
Difahamkan, jagung hiasan ditanam melalui kaedah kacukan tradisional untuk mencapai warna yang menarik, tanpa melibatkan perubahan genetik.
Apabila jagung matang, bijinya akan mengeras. Hari ini, ia tidak lagi dinilai sebagai makanan tetapi dihargai kerana teksturnya yang licin dan kilauan hangat seperti ambar yang terbentuk.

Jagung yang berwarna-warni mencerminkan pemilihan orang muda terhadap keperibadian dan ekspresi diri, di samping mewujudkan kepercayaan tradisional bahawa mempunyai lebih ramai anak akan membawa kebahagiaan yang lebih besar.
Di sebalik populariti jagung hiasan tersebut, proses penyelidikan dan percubaan telah dijalankan selama lebih daripada dua tahun. Pasukan R&D di Syarikat Tianjian Four Seasons Agriculture telah melaksanakan ujian lapangan di seluruh Yunnan dan kawasan berjiran sebelum akhirnya memilih tapak yang ideal di mukim Wenquan.
Menurut Li Yu, pengurus besar syarikat itu, purata suhu tahunan Anning pada sekitar 15 darjah Celsius dan cahaya matahari yang banyak secara tidak langsung mewujudkan persekitaran yang ideal untuk tanaman tersebut.

Cabaran sebenar dalam penanaman jagung terletak pada mengekalkan kebersihan varieti dan melindungi penampilannya. Semasa pendebungaan, jagung itu mesti ditanam sekurang-kurangnya 100 meter dari varieti lain, manakala kawalan perosak bergantung kepada kaedah mesra alam.
“Pada masa lalu, menanam jagung biasa hanya memberi pulangan sekitar RMB800 (AS$112) setiap mu (0.067 hektar). Kini, menanam jagung hiasan memperoleh pendapatan antara RMB 3,000 dan RMB5,000 bagi setiap mu, ditambah dengan gaji tambahan RMB100 sehari,” kata Zhang Guiqiong, penduduk kampung tempatan.
Untuk rekod, kerajaan setempat melabur sebanyak RMB700,000 untuk membina sistem pengairan pintar, manakala pejabat daerah membantu mengembangkan saluran jualan. Manakala, biro pertanian dan hal ehwal luar bandar tempatan pula mengambil inisiatif untuk menganjurkan sesi latihan bagi mengajar penduduk kampung cara menambah nilai hasil tuaian mereka.

Dengan adanya sokongan bersasar tersebut, lebih daripada 120 mu tanah yang dahulunya terbiar kini telah diubah menjadi tapak penanaman jagung hiasan terbesar di China.
Selepas dikeringkan secara semula jadi, dipilih secara teliti, dan melalui proses kreatif, jagung yang berwarna-warni itu berubah dalam pelbagai bentuk termasuk rantai kunci, gelang, loket dan seni pada dinding.
- Buah Epal Bawa Kemakmuran Buat Penduduk Kampung di Yunnan
- B&B Popular di Denai Gaung Lompat Harimau Jadi Hab Pelancong di Yunnan
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- Forum Kerjasama Media BRI 2025 Himpun 200 Wakil Antarabangsa di Kunming
- Projek Hidrokuasa di Yunnan Tarik Pelancong, Penduduk Kampung Raih Pendapatan Stabil
- Industri Bunga Berkembang Mekar di Kaunti Yao’an
- Industri Lada Sichuan Berkembang Maju di Yunnan
- Halaman Kebudayaan Pelihara, Pamer Warisan Budaya di Pekan Purba Lijiang
- Kaum Etnik Yi Raikan Pesta Obor di Yunnan
- Keajaiban Alam, Kuala Sungai di Yunnan Rupa “Stimbot”




