Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Switzerland

(CRI)Khamis 01 Januari 2026

Presiden China Xi Jinping pada Khamis menyampaikan perutusan tahniah kepada Guy Parmelin yang memulakan penggal perkhidmatan sebagai Presiden Persekutuan Switzerland.

Xi berkata tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik inovatif China-Switzerland, dan juga tahun permulaan bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 China.

Justeru, kedua-dua negara mempunyai peluang yang luas untuk menjalankan kerjasama inovatif.

Beliau turut menzahirkan kesediaan bersinergi dengan Presiden Parmelin untuk memperkasa kerjasama saling untung dan melonjakkan ikatan bilateral ke tahap lebih tinggi demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan