Jumlah Pengendalian Kargo Pelabuhan Sepanjang Sungai Kekal Terunggul di Dunia

(CRI)Isnin 05 Januari 2026

Jumlah pengendalian kargo pelabuhan di sepanjang Sungai Yangtze meningkat 71 peratus kepada 4.2 bilion tan dalam tempoh sedekad yang lalu.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Wang Changlin berkata ia sekaligus mengekalkan kedudukannya di tempat pertama di dunia bagi laluan air pedalaman.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Isnin.

Dalam sidang media tersebut, beliau turut memaklumkan dalam tempoh sama kualiti air di Jalur Ekonomi Sungai Yangtze juga mencatat peningkatan ketara iaitu dari 67 peratus kepada 96.5 peratus.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kawasan berkenaan juga meningkat lebih dua kali ganda, dan sumbangan kepada KDNK nasional turut bertambah daripada 42.2 peratus kepada 47.3 peratus.

Video

Berita Berkaitan