- Lain-lain
Jumlah Pelancong Aktiviti Ais dan Salji 2025-2026 Dijangka Catat 360 Juta

Jumlah pengunjung bagi aktiviti ais dan salji pelancongan musim sejuk 2025-2026 di China dijangka mencecah 360 juta orang dengan nilai pendapatan sebanyak RMB450 bilion (RM261 bilion).
Data tersebut dikeluarkan menerusi "Laporan Pembangunan Pelancongan Ais dan Salji China (2026)" yang diterbitkan oleh Akademi Pelancongan China sempena Persidangan Pembangunan Pelancongan Ais dan Salji 2026 di Harbin pada Isnin.

Menurut laporan tersebut, pelancongan musim sejuk di China kini memasuki fasa babaru dan merekodkan pertumbuhan berterusan.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa skala ekonomi musim sejuk China pada tahun 2025 melebihi RMB1 trilion (RM581 bilion), dengan lebih 14,000 perusahaan berkaitan pelancongan ais dan salji beroperasi di seluruh negara, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pada masa yang sama, peralatan musim sejuk buatan China seperti papan salji dan kenderaan ski-waxing telah dieksport ke luar negara melalui perdagangan rentas sempadan dalam talian, menandakan peralihan pelancongan musim sejuk China dari "menarik perhatian dunia" kepada "mengintensifkan rantaian industri antarabangsa."
- Pesta Ais dan Salji Nadam ke-21 Buka Tirai
- Legasi Olimpik Pacu Ekonomi Ais Salji Utara China
- Ekonomi Ais-salji China 2025 Dijangka Bernilai RMB1 Trilion
- Ekonomi Ais dan Salji Hangat di China, Musim Ski Bermula Kuat
- Jilin Ubah Tempat Peranginan Ski, Jadi Destinasi Sepanjang Tahun
- Kemunculan Kerjaya Baharu Permudah Pembangunan Sukan Ais dan Salji
- Tinjauan CGTN: Ekonomi Ais dan Salji Jadi Pemacu Baharu Ekonomi China
- Perkembangan Pesat Industri Ais dan Salji Cipta Peluang Pekerjaan Baharu di China
- Beijing Bersedia untuk Keseronokan Musim Sejuk
- Obor, Pingat, Lagu Sukan Musim Sejuk Asia Diumumkan




